Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Vaksin swasta: Tumpuan 80 peratus terlebih dahulu
Published on: Saturday, March 06, 2021
By: Bernama
Text Size:

Vaksin swasta: Tumpuan 80 peratus terlebih dahulu
KUALA TERENGGANU: Meskipun ada pihak swasta yang berhasrat membeli vaksin Covid-19 melalui kerajaan, namun kerajaan terlebih dahulu perlu memastikan sasaran 80 peratus atau 26.5 juta penduduk dalam negara menerima vaksin itu secara percuma dapat dicapai.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata pembelian vaksin Covid-19 oleh kerajaan setakat ini hanya tertumpu kepada usaha menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) berikutan bekalan dunia yang terhad.

“Memang kita ada libatkan sektor swasta dalam program ini (Pick) tetapi mereka sebagai pelaksana program pemberian vaksin secara percuma, bukan mereka (pihak swasta) yang membeli vaksin itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Akademi Robotik TD1303 x Jazro di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan menyatakan terdapat pihak swasta yang berhasrat untuk membeli vaksin Covid-19 dengan bantuan kerajaan, satu-satunya saluran yang mempunyai akses dengan syarikat-syarikat pengeluar vaksin.

Sementara itu Ahmad Amzad berkata setakat semalam, lebih dua juta rakyat Malaysia telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 dan daripada jumlah itu sebanyak 112,000  terdiri daripada petugas barisan hadapan telah menerima suntikan.

Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai agar tidak khuatir menerima suntikan apa jua jenis vaksin yang diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), kerana NPRA sangat teliti dalam soal kualiti dan keselamatan.

“Setakat ini 279 juta dos vaksin telah disuntik kepada 279 juta orang di seluruh dunia di 107 negara. Secara purata setiap hari enam juta orang menerima suntikan vaksin dan kadar kesan sampingannya sangat rendah,” katanya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here