NASA puas hati prestasi Perseverance
Published on: Sunday, March 07, 2021
By: AFP
Gambar dikongsi pihak NASA yang dirakam oleh peninjau Perseverance di Marikh Jumaat lepas. – Gambar AFP
WASHINGTON: Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) gembira apabila kenderaan robotik peninjau Perseverance selesai melakukan ujian pemanduan di Marikh, Jumaat lepas.NASA berkata, peninjau enam roda itu bergerak sekitar sehingga 6.5 meter dalam tempoh 33 minit iaitu empat meter ke hadapan, berpusing sehingga 150 darjah sebelum undur kembali pada jarak 2.5 meter.ADVERTISEMENT
Ia turut meninggalkan jejak tayar di planet berdebu itu dan jurutera NASA, Anais Zarifian berkata, ujian berkenaan berlangsung dengan amat baik dan memberi impak dalam misi terbabit.
“Ini adalah peluang pertama untuk beraksi dan memutarkan Perseverance. Kita akan melakukan pemanduan yang lebih jauh. Ini hanyalah satu permulaan,” kata jurutera itu di makmal NASA di Pasadena, California.
Tambah beliau, mereka kini sedang berusaha untuk mengkaji perjalanan yang lebih panjang di permukaan Marikh sama ada Sabtu atau hari ini, bergantung kepada keadaan.
Kenderaan peninjau itu direka untuk mampu menjelajah Marikh sekitar 200 meter sehari dan bermakna lebih lama meninjau berbanding tempoh sehari di Bumi.ADVERTISEMENT
Ia juga lima kali lebih pantas berbanding Curiosity, kenderaan robotik terdahulu yang masih berfungsi walaupun lapan tahun mendarat di Marikh.
Pengurus misi Perseverance, Robert Hogg berkata, jurutera mereka kini bersedia melakukan penerbangan dron dibawa peninjau itu.
ADVERTISEMENT
Hogg berkata, ketika ini pasukannya sedang mencari zon penerbangan dan berharap ia akan dilakukan lewat musim luruh atau awal musim panas ini.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Katanya, misi ini tidak mengalami sebarang masalah besar setakat ini.
Perseverance dilancarkan pada 30 Julai lalu dan mendarat di permukaan Marikh pada 18 Februari dalam usaha mencari kesan kehidupan di planet itu.