Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Virus demam babi Afrika menular ke daerah lain
Published on: Monday, March 08, 2021
By: Sabah News
Text Size:

Virus demam babi Afrika menular ke daerah lain
Populasi babi di kawasan di mana virus ASF dikesan akan dihapus dan dilupuskan.
Kota Kinabalu: Virus Demam Babi Afrika (ASF) kini telah menular ke beberapa daerah lain dan bukan hanya menjangkiti babi peliharaan tetapi juga babi hutan liar.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata virus itu dikesan dalam kalangan babi domestic di Kota Marudu dan Pitas serta babi hutan di Lahad Datu, Sandakan, Kinabatangan, Beluran serta Telupid.

“Ini termasuk kes kematian seekor babi hutan di sebuah resort di daerah Kinabatangan yang telah tular di media sosial minggu lalu,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Namun begitu, katanya, ladang babi komersial di Tawau, Sandakan, Tenom, Papar, Tuaran dan Penampang yang membekalkan kebanyakan produk babi di Sabah masih bebas daripada virus ASF.

“Kita harus memastikan kawasan-kawasan ini bebas ASF supaya pengeluaran daging babi tempatan tidak terjejas.

“Walaupun ASF tidak menjangkiti manusia, ia berupaya melakukan kerosakan ekonomi serta mengganggu kesejahteraan masyarakat.

“Oleh itu, amat penting bagi kita untuk mengawal serta membasmi penyakit ini,” katanya.

 Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan berkata kerajaan akan membuat deklarasi wabak penyakit ASF di daerah yang telah dikesan virus ASF secepat mungkin mengikut Enakmen Haiwan 2015.

Deklarasi itu, yang akan dibuat oleh ketua pentadbir daerah dan perbandaran, akan memberi kuasa kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk melakukan tindakan kawalan yang berkesan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

Populasi babi di kawasan di mana virus ASF dikesan akan dihapus dan dilupuskan serta disinfeksi kawasan akan dilakukan, bermula dari pusat jangkitan.

Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD) akan membantu menyelaraskan usaha-usaha mengawal penyebaran virus ASF dari babi hutan ke babi komersial dengan menangguhkan lesen memburu dan melarang penjualan ‘sinalau bakas’ (daging babi hutan salai) seperti dalam kenyataan sebelum ini, katanya.

“Kita juga akan menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Krisis Penyakit ASF yang dipengerusikan oleh Pengarah DVS.

 “Jawatankuasa ini akan dianggotai oleh SWD, pasukan keselamatan, wakil-wakil dari Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, wakil dari Pejabat Peguam Besar Negeri dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

“Jawatankuasa ini akan merangka dasar yang perlu bagi mengawal dan seterusnya membasmi ASF di Sabah secepat mungkin,” katanya.

Setakat ini, Jeffrey berkata sebanyak 110 babi dari 9 buah kampung di dalam zon jangkitan ASF telah dihapus dan dilupus. DVS juga telah menjalankan kempen kesedaran di 54 daripada 182 buah kampung di Pitas.

Setakat Sabtu lalu, 347 jumlah sampel telah dikutip daripada pelbagai daerah bagi mengesan kehadiran virus ASF di negeri ini.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here