HEADLINES :




Buruh binaan, 61, nafi bunuh isteri
Published on: Thursday, April 08, 2021
By: Jo Ann Mool
Text Size:


Foto Pixabay.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 61 tahun meminta dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu atas tuduhan membunuh isterinya dua tahun lepas.

Buruh pembinaan Alip Abu Bakar mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad atas pertuduhan membunuh isterinya Ayang Hamjani, 61, jam 1.45 pagi, pada 17 Jun, 2019 di sebuah unit di rumah pekerja kilang Permai, di Likas,

Mahkamah menetapkan 24 Mei untuk pengurusan kes pra-perbicaraan kes.

Alip didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Dia diperintah direman lanjut kerana pertuduhan yang dibuat ke atasnya tidak memperuntukkan ikat jamin.

Timbalan Pendakwa Raya Rozana Abdul Hadi melakukan pendakwaan manakala Alip diwakili oleh peguam dilantik Shahlan Jufri.

Dalam kes berasingan, enam orang dihadapkan ke Mahkamah Majistret kerana melakukan kesalahan berkaitan dadah.

Empat daripada mereka, Md Shahrul Nizam, Albain Amin, Sahlan Hassan dan Aroni Walin mengaku bersalah mengambil syabu dan amphetamine di lokasi berasingan di sini, di Manggatal dan Penampang antara Februari dan Mac tahun ini.

Shahrul diperintah membayar denda RM2,000 atau enam bulan penjara, Aroni didenda RM1,800 atau enam bulan penjara, manakala Albain dan Sahlan setiap seorang dipenjara enam bulan.

Empat orang itu didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dua lagi lelaki Alvin Yap dan Amirudin Anuar mengaku memiliki syabu pada September 2020 di Penampang dan pada 21 Januari, tahun ini di sini, masing-masing.

Yap didenda RM4,200 atau lapan bulan penjara manakala Amirudin dipenjara tujuh bulan.

Mereka setiap seorang didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan dendan sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular