HEADLINES :




Lelaki ambil dadah kali ketiga kena 5 tahun, sebatan
Published on: Thursday, April 08, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:


Foto Pixabay.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 46 tahun yang mengambil dadah buat kali ketiga dipenjara lima tahun dan diperintah dikenakan sekali sebatan rotan.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu ke atas Abdillah Batin yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibuat ke atasnya pada Rabu.

Dia didapati mengambil dadah pada jam 11 pagi pada 21 Disember, 2020 selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah itu di balai polis Kota Marudu.

Siasatan mendapati Abdillah mempunyai dua sabitan lampau kerana mengambil dadah.

Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39C(1) Akta sama itu memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga tujuh tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Semasa mitigasi, Abdillah merayu hukuman ringan.

Bagaimanapun, Timbalan pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman menggesa mahkamah mengenakan hukuman pencegahan atas dasar Abdillah sudah berulang kali mengambil dadah.

Mahkamah memerintahkan Abdillah menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditahan pada 21 Disember, 2020.

Selepas menjalani hukuman penjaranya, mahkamah memerintahkan Abdillah diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular