HEADLINES :




Bimbang mengenai lubang jalan dekat bulatan Dambai
Published on: Thursday, April 08, 2021
By: Oliver Voon
Text Size:


LUBANG jalan yang agak besar dan dalam dapat dilihat di bahagian Jalan Tuaran ini.
SEORANG pengguna harian Jalan Tuaran di Manggatal, meluahkan kebimbangannya mengenai beberapa lubang jalan yang agak dalam berdekat bulatan trafik di Kampung Dambai, kerana ia memburukkan lagi kesesakan jalan di sepanjang laluan berkenaan ketika waktu puncak.

Pengguna itu menghubungi Hotline bersama sekeping gambar mengenai masalah itu dan menggesa penjaga jalan itu untuk menampal bahagian jalan berlubang itu secepat mungkin.

“Ia perlu ditangani tanpa sebarang kelewatan kerana hentakan kuat boleh mempercepatkan kerosakan pada sistem penyerap hentakan kereta saya,” tegas JACOB, yang tinggal di kampung terbabit.

Dia juga mengadu tentang kesesakan trafik panjang menghala ke simpang lampu isyarat di Tebobon dari kawasan pekan disebabkan oleh jalan rosak itu.

“Ia bertambah teruk sekitar jam 5.30 petang hingga 7 petang kerana semua orang memandu perlahan untuk mengelakkan lubang jalan ini,” tambahnya.

Selain dari menampal jalan terjejas, dia juga turut menyatakan tentang keperluan memeriksa sumber air yang kerap bertakung di kawasan terbabit.

“Ini penting kerana ia akan mengelakkan asfalt yang baru dilapisi daripada rosak sekali lagi dalam tempoh hanya beberapa hari,” katanya, dan menambah, dia merasakan masalah itu berpunca dari perparitan tidak baik.

Jurcakap Jabatan Kerja Raya (JKR) berkata syarikat konsesi berkaitan akan diarah untuk mengendalikan masalah terbabit dengan segera.

“Kami akan memeriksa sumber air yang kerap bertakung di bahagian jalan itu dan menanganinya terlebih dahulu sebelum menampal lubang jalan,” katanya.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular