Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Didenda kerana beri keterangan palsu
Published on: Saturday, April 10, 2021
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Didenda kerana beri keterangan palsu
FotoBERNAMA.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 19 tahun, yang memberikan keterangan palsu kepada polis dengan mendakwa dia dirompak oleh individu tidak dikenali, pada Jumaat didenda RM1,400 atau dua bulan penjara.

Russell Teo mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles kerana memberikan kenyataan palsu kepada Inspektor Mohd Anwar Mohd Jamil pada jam 12.05 tengah malam pada 27 Mac tahun ini di pejabat IO/AIO, Wisma Inti Utama, Jalan Dewan di sini.

Pertuduhan menyatakan bahawa Teo memberikan kenyataan bertulis palsu dengan mendakwa seorang lelaki tidak dikenali yang menaiki motosikal meragut beg galasnya ketika dia sedang menunggu sepupunya jam 8 malam pada 26 Mac di pekan Inanam.

Mahkamah diberitahu pendakwaan bahawa polis mendapati laporan polis yang dibuat oleh Teo itu adalah palsu kerana insiden itu tidak berlaku.

Teo kemudian mengaku mereka-reka ceritanya dalam laporan polisnya, mahkamah diberitahu.

Kehilangan MyKad dan kad bank milik Teo seperti dinyatakan dalam laporan polisnya adalah tidak betul kerana dokumen itu sebenarnya hilang dua hari sebelum Teo membuat laporan polis, kata pendakwaan.

Peguam Lim Ming Zoong @ Lawrence yang mewakili Teo merayu hukuman ringan atas dasar dia mahu melanjutkan pengajiannya di sebuah kolej yang memerlukan perbelanjaan.

Kepada satu soalan, Teo menerusi peguamnya berkata dia melakukan kesalahan itu kerana dia mahu mengelak daripada didenda oleh Jabatan Pendaftaran Negara kerana kehilangan MyKad.

Inspektor Kelvan Elson Maik, yang melakukan pendakwaan, memohon hukuman setimpal atas dasar sebagai pengajaran kepada Teo kerana ia adalah satu kesalahan serius yang menjadi trend ketika ini.

Teo didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki rakyat Filipina berumur 28 tahun meminta dibicarakan atas tuduhan menyebabkan kerosakan ke atas sebuah lori.

Bocoi didakwa memecahkan cermin depan lori kepunyaan Tan Seng Teck pukul 9 malam pada 4 April di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Sepanggar sehingga menyebabkan kerugian RM1,000.

Bocoi dituduh mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara setahun hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 19 Mei untuk sebutan dan tiada ikat jamin ditawarkan memandangkan Bocoi tidak mempunyai dokumen sah.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen, Bocoi dipenjara empat bulan kerana tinggal di negeri ini secara haram.

Kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.  





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here