Wed, 17 Apr 2024

HEADLINES :


Saya sudah divaksin, setakat ini OK, kata Najib
Published on: Saturday, April 10, 2021
By: Bernama
Text Size:

Saya sudah divaksin, setakat ini OK, kata Najib
Najib Razak bagaimanapun tidak memaklumkan jenis vaksin yang diterimanya. (Gambar Facebook)
Kuala Lumpur: Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini menerima suntikan vaksin Covid-19 di sebuah pusat kesihatan.

Menurut perkongsian terbaharu di laman Facebook, beliau memuat naik gambar dan video berdurasi 42 saat proses suntikan itu.

Bagaimanapun, Najib tidak memaklumkan jenis vaksin yang diterimanya iaitu sama ada Comirnaty oleh Pfizer-bioNTech atau Sinovac dari China.

“Saya sudah divaksin. Setakat ini okey. Terima kasih kepada doktor, jururawat dan pembantu kesihatan tadi. Semoga pelaksanaan vaksinasi dipercepatkan juga untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, beliau pernah meluahkan hasrat untuk disuntik dengan vaksin Sinovac selepas Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin menjadi individu pertama menerima vaksin itu.

Terdahulu, Khairy dilaporkan berkata Najib membatalkan janji temu suntikan vaksin yang ditetapkan pada 6 Mac lalu.

Bagaimanapun, Najib menjelaskan tindakan itu adalah kerana ingin memberi laluan kepada petugas barisan hadapan untuk menerima suntikan terlebih dahulu.

* Langgan saluran Telegram dan/atau WhatsApp Daily Express untuk berita terkini

* Anda mempunyai akses e-akhbar Daily Express dan berita eksklusif atas talian? Lihat pelan langganan yang ada





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here