Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Lelaki rogol wanita OKU dipenjara 18 tahun, disebat
Published on: Thursday, April 15, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Lelaki rogol wanita OKU  dipenjara 18 tahun, disebat
FotoBERNAMA.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 38 tahun yang merogol seorang wanita kurang upaya (OKU) berumur 27 tahun, dipenjara 18 tahun dan dikenakan satu sebatan rotan.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu kepada Basri Ahailin, selepas memutuskan bahawa pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah terhadap Basri, pada Rabu.

Basri didapati bersalah merogol wanita itu antara pukul 2 pagi dan 3.40 pagi 9 Oktober 2019 di sebuah ru mah di Kg Bakau Kuala Manis, di sini.

Dia disabit di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintah Basri untuk menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkapnya.

Semasa rayuan, Basri yang tidak diwakili, meminta hukuman ringan dengan mengatakan dia mempunyai tujuh anak dan dia menganggur.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Nureen Natasha Mohd Raffie yang menggantikan DPP Siti Amirah Muhammad Ali, meminta hukuman berat dijatuhkan kepada Basri, atas sebab dia telah melakukan kesalahan kejam terhadap mangsanya. Dia berhujah bahawa Basri telah merogol seorang wanita tidak bersalah, yang juga orang kurang upaya.

Nureen selanjutnya berkata, mahkamah berpeluang untuk menilai perilaku mangsa apabila dia memberi keterangan, dan walaupun dia orang kurang upaya, dia mampu menjelaskan kejadian itu dengan penuh terperinci.

Dia kemudiannya berhujah bahawa mahkamah bertanggungjawab untuk mencapai keseimbangan antara kepentingan awam dan kepentingan mangsa.

Menurut Nureen, mangsa merupakan seorang yang lembam (lambat belajar) dan dia mesti dilindungi daripada sebarang bahaya dan eksploitasi lanjut.

Pendakwaan telah memanggil tujuh saksi sementara seorang saksi pembelaan memberi keterangan semasa peringkat pembelaan.

Selepas menjalani hukuman penjaranya, Basri diperintah supaya dirujuk ke Jabatan Imigresen.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here