Wed, 17 Apr 2024

HEADLINES :


Amang seksual: Lelaki dipenjara 7 tahun
Published on: Thursday, April 15, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Amang seksual: Lelaki dipenjara 7 tahun
Foto Pixabay.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 21 tahun dipenjara tujuh tahun kerana melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun.

Alias Azrin Alias Rahmad mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz kepada tuduhan terhadapnya itu pada Rabu.

Dia melakukan kesalahan itu dengan mencium kanak-kanak itu pada pukul 10 pagi 18 November 2020 di dalam tandas sebuah rumah di Kg Melulugus, Beaufort.

Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Sebelum hukuman, mahkamah bertanya kepada Alias sama ada dia memerlukan laporan sosial kerana dia berumur 20 tahun pada waktu kejadian itu, tetapi dia berkata dia tidak mahu laporan itu dan meminta untuk meneruskan penjatuhan hukuman.

Dalam rayuan, Alias memberitahu mahkamah bahawa dia anak yatim piatu.

Dia meminta supaya hukuman dijalankan dari tarikh tangkapnya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nureen Natasha Mohd Rafie meminta hukuman berbentuk pencegahan atas sebab mangsa berusia sembilan tahun dan mengalami trauma akibat kejadian itu.

Mahkamah mendengar bahawa Alias telah membawa mangsa ke tandas dengan mengatakan dia mahu memberi wang kepada kanak-kanak itu.

Semasa di dalam tandas, Alias mencium kanak-kanak itu dua kali.

Siasatan mendedahkan bahawa Alias dan dua lagi rakan meminum arak di rumah itu sebelum kejadian tersebut.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here