Sambutan Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Kiulu amat menggalakkan
Published on: Sunday, June 13, 2021
By: Bernama
KADIE (kiri) dan Soilun hadir ke Kampung Tudan untuk mendapatkan suntikan vaksin baru-baru ini. – fotoBERNAMA
Tuaran: Walaupun Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Kampung Tudan, di ulu Mukim Kiulu, kira-kira 120 kilometer dari Kota Kinabalu merupakan program pertama Pasukan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran di sini, namun sambutannya amat menggalakkan.Apa tidaknya, kesemua 300 dos vaksin yang dibawa pasukan CITF ke program vaksinasi di Dewan Muhibbah di kampung berkenaan baru-baru ini, habis dalam tempoh kira-kira lima jam sahaja.ADVERTISEMENT
Pegawai Kesihatan Daerah Tuaran Dr Noraziah Bakri berkata sambutan terhadap program itu amat memberangsangkan dengan orang ramai mula beratur seawal pukul 8 pagi, meskipun program vaksinasi dijadualkan bermula pukul 9 pagi.
“Pada mulanya, kita jangkakan program hari ini akan dihadiri kira-kira 300 orang…namun kita lihat sambutan amat baik. Sebaik sahaja pendaftaran dibuka, kita telah menerima lebih daripada 100 pendaftaran.
“Ini adalah Program Outreach Vaksinasi Covid-19 pertama yang dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran dan ada beberapa lagi program seumpama ini akan dilaksanakan di kampung lain di sekitar Tuaran dalam masa terdekat,” katanya kepada Bernama.
Tinjauan Bernama mendapati ramai penduduk kampung seawal pagi lagi, sanggup menempuh perjalanan puluhan kilometer melalui jalan raya bengkang bengkok di mukim berbukit bukau itu, semata-mata untuk divaksin.ADVERTISEMENT
Seorang guru Kadie Calvin, 43, dari Pekan Kiulu yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Kampung Tudan berkata beliau dan isteri telah mendaftar sebagai penerima vaksin sejak Mac lepas namun belum dipanggil, dan sanggup datang untuk divaksin demi melindungi keluarganya.
“Memang jauh dan sukar perjalanan, tetapi itu tiada masalah kerana apa yang penting saya dan isteri segera mendapatkan vaksin, program seperti ini sangat bertepatan untuk memastikan program pemberian vaskin dapat dilaksanakan dengan cepat dan menyeluruh di Sabah,” katanya.
ADVERTISEMENT
Soilun Balantis, 55, dari Kampung Pinahawon yang terletak kira-kira 30 kilometer daripada Kampung Tudan pula berkata program seumpama itu, sememangnya sangat ditunggu-tunggu penduduk kampung yang ingin mendapatkan suntikan vaksin.
“Kita harap lebih banyak lagi program seumpama ini dianjurkan kerana ramai rakan-rakan lain di sekitar ulu Mukim Kiulu ini tidak dapat hadir hari ini disebabkan tiada kenderaan, selain kawasan ini agak jauh dari rumah mereka,” katanya.
Seorang pelajar Rozita Limanis, 22, yang berasal dari Kampung Tudan turut menzahirkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerajaan yang memastikan program pemberian vaksin itu sampai ke kawasan pedalaman.
“Saya sebenarnya belum mendaftar untuk mengambil vaksin ini di MySejahtera. Namun, kebetulan saya dengar ada program ini dianjurkan di kampung saya…oleh itu saya tidak melepaskan peluang untuk datang,” katanya dengan rasa teruja.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Bagi kontraktor Daniel Sibin, 40, keputusan untuk membawa isterinya pulang ke Kampung Tudan, terletak 58km dari tempat tinggalnya, di Taman Sri Rugading di sini untuk mendapatkan suntikan vaksin amat berbaloi setelah kedua-duanya menerima suntikan dos pertama.
“Saya berterima kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia khususnya Pejabat Kesihatan Tuaran kerana menganjurkan program ini…hari ini, saya dan isteri telah selesai menerima suntikan dos pertama Covid-19 dan kami akan dapatkan suntikan dos kedua di tempat sama pada 7 Julai depan,” katanya.