Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Berkumpul ketika PKP, empat didenda RM6,000
Published on: Friday, June 18, 2021
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Berkumpul ketika PKP,  empat didenda RM6,000
Kota Kinabalu: Empat individu didenda sejumlah RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berkumpul di sebuah kafé di sini, baru-baru ini.

Jeffendy Udi, 29, serta warga asing Medzrifa Muhaimin, 29, Arner Gaffar, 25 dan Ziana Sani, 25, mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut pada pukul 1.30 pagi 13 Jun, di  Bee Kim Regal Cafè di Harbour City, Sembulan.

Majistret Jessica Ombou Kakayun memerintah supaya mereka masing-masing membayar denda RM1,500 atau dipenjara tujuh hari.

Terdahulu, mahkamah diberitahu oleh pendakwaan bahawa satu pasukan polis pergi ke kafè tersebut untuk membuat pemeriksaan dan menemui empat individu itu di dalam sebuah bilik sedang duduk di sofa tanpa penjarakan fizikal.

Terdapat minuman beralkohol di atas meja dan empat individu itu didapati tidak mengimbas kod QR MySejahtera.

Peguam dilantik Lim Ming Zoong @ Lawrence yang mewakili Jeffendy, meminta hukman ringan atas sebab tertuduh menyesal dan ia merupakan kesalahan pertamanya.

Tiga lagi tertuduh, yang tidak diwakili, juga meminta hukuman ringan.

Empat tertuduh itu didakwa d bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 yang membawa denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Inspektor Albert Basiri menjalankan pendakwaan.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here