Tue, 16 Apr 2024

HEADLINES :


Pesawat TUDM hantar 4 tan bahan makanan ke Labuan
Published on: Friday, June 18, 2021
Text Size:

Pesawat TUDM hantar 4 tan bahan makanan ke Labuan
Gambar: TUDM
Kota Kinabalu: Sebuah pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia telah menghantar empat tan bahan makanan ke Labuan yang dilanda kekurangan barang-barang keperluan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di beberapa kawasan yang teruk dilanda wabak Covid-19.

Pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia iaitu pesawat angkut C130H dari No. 20 Skuadron, Pangkalan Udara Subang hari ini telah diatur gerak ke Wilayah Persekutuan Labuan, dalam penghantaran bantuan kit makanan, kata TUDM dalam siaran akhbar hari ini.

"Bantuan kit makanan adalah daripada Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia (KWPM) untuk diagihkan kepada penduduk Wilayah Persekutuan Labuan bagi kawasan terjejas yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 15 Jun 2021 berikutan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19 yang mendadak," kata TUDM.

"Antara barangan yang dibawa dalam penerbangan ini adalah barangan keperluan asas iaitu pek beras,  gula , tepung gandum dan pek minyak masak dengan anggaran berat keseluruhan yang diterbangkan oleh pesawat TUDM hari ini adalah 4 tan.

"Proses memuatnaik barangan ini telah dimulakan pada jam 5.00 pagi dan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Proses ini telah dilakukan oleh anggota TUDM dari Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang dengan kerja sama loadmaster pesawat C-130H."

Pesawat yang dikendalikan oleh Mej Aiman bin Mohd Akbar TUDM selaku juruterbang dan dibantu oleh Kapt Mohd Fuad bin Mohd Nazir TUDM selaku pembantu juruterbang telah selamat berlepas pada jam 7.00 pagi dari Pangkalan Udara Subang. Turut telibat adalah jurutera penerbangan, Mej Nik Hasri bin Nik Leh TUDM, jurumalim pesawat, Kapt Mohd Firdaus bin Zaini TUDM, tiga (3) orang loadmaster iaitu PW U II Jonas Gama, Sjn U Jaurey bin Martin, Sjn U Zamzuri bin Mat Jusoh serta seorang pramugari Sjn U (W) Maneesha a/l Nehru Raju.

Sebaik mendarat di PU Labuan pada jam 11.20 pagi, kata TUDM, barangan sumbangan dengan bantuan loadmaster serta anggota TUDM dari Cabang Pergerakan Udara PU Labuan telah melaksanakan kerja-kerja pemindahan barangan sumbangan untuk diserahkan oleh kepada Perbadanan Labuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat W.P Labuan bagi tujuan agihan kepada komuniti yang telah dikenalpasti.

* Ikut kami di Instagram dan langgan saluran Telegram dan/atau WhatsApp untuk berita terkini

* Anda mempunyai akses e-akhbar Daily Express dan berita eksklusif atas talian? Lihat pelan langganan yang ada

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here