Kota Kinabalu: Majlis kenduri kesyukuran disyaki telah mencetuskan satu kluster Covid-19 baharu di Tuaran, kata jurucakap krisis pandemik Sabah Datuk Masidi Manjun hari ini.
Menurut beliau, Kluster Kg Pukak disyaki berpunca daripada majlis kenduri kesyukuran pada 03 Julai 2021 yang dihadiri oleh keluarga terdekat di kampung tersebut.
ADVERTISEMENT
"Kes indeks merupakan lelaki, 47, bergejala demam, batuk dan selsema sejak 07 Julai 2021, sebelum disahkan positif RTK-Ag 100% pada 09 Julai 2021," kata Masidi dalam kenyataan media.
"Daripada 55 kontak rapat yang disaring, 16 kes dikesan positif menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster ini sebanyak 17 kes termasuk sembilan kes baharu hari ini.