Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Kluster baru di bangunan pentadbiran kerajaan di KK tersebar di 5 daerah
Published on: Saturday, July 24, 2021
Text Size:

Kluster baru di bangunan pentadbiran kerajaan di KK tersebar di 5 daerah
Gambar: Melalui OCDN
Kota Kinabalu: Satu kluster baharu Covid-19 melibatkan sebuah bangunan pentadbiran kerajaan di sini telah merebak ke lima daerah, kata jurucakap krisis pandemik Sabah Datuk Masidi Manjun. 

Menurut beliau, Kluster Jalan Mat Salleh di Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Papar dan Ranau dikategorikan sebagai kluster tempat kerja iaitu bangunan Rumah Persekutuan (gambar), Jalan Mat Salleh yang terletak di dalam Mukim Sembulan. 

"Malah, premis kerajaan ini juga menempatkan pejabat pentadbiran Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Angkatan Pertahanan Awam Sabah," kata Masidi dalam kenyataan media hari ini. 

"Kes indeks merupakan pegawai farmasi, lelaki, 26, disahkan positif ujian PCR dengan CT value 19.32 di Klinik Kesihatan Luyang pada 15 Julai 2021, selepas bergejala sejak 14 Julai 2021. 

"Setakat hari ini, 258 sampel telah diambil di daerah Kota Kinabalu dengan 18 kes positif dikesan termasuk sembilan kes baharu. Manakala, 54 sampel didapati negatif dan 186 sampel menunggu keputusan ujian saringan." 

Sementara itu, 24 kes pula didaftarkan di luar ibu negeri meliputi tiga kes di Putatan, tiga kes di Ranau, sembilan kes di Papar dan sembilan kes lagi di Penampang sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 42 kes termasuk sembilan kes baharu yang direkodkan pada hari ini, tambah Masidi. 

Satu lagi kluster baharu dikesan melibatkan majlis pengebumian. 

Kluster Nosoob Baru di Penampang merupakan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan komuniti. 

"Penularan disyaki berpunca daripada majlis pengebumian di Kg Nosoob Baru pada 10 Julai 2021 melibatkan keluarga dari Kg Nosoob Baru, Kg Pogunon dan Kg Terawi," kata Masidi. 

"Kes indeks adalah wanita, 28, yang dikesan positif COVID-19 hasil saringan pra-rawatan pada 13 Julai 2021 dengan keputusan RTK-Ag grading 38%.

"Setakat hari ini, 17 kes positif termasuk satu kes baharu." 

* Ikut kami di Instagram dan sertai saluran Telegram untuk berita terkini

* Anda mempunyai akses e-akhbar Daily Express dan berita eksklusif atas talian? Lihat pelan langganan yang ada





ADVERTISEMENT






Top Stories Today

Sabah Top Stories


Follow Us  



Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here