BEAUFORT: Seekor ular sawa sepanjang 5 meter ditangkap oleh Bomba dan Penyelamat daerah di Kg Kukut, di sini, Jumaat.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Mohammad Hasbullah Nenggok berkata panggilan kecemasan menyatakan jam 7.31, terdapat ular masuk ke dalam reban ayam.
ADVERTISEMENT
“Dua jentera iaitu FRT dan EMRS bersama 10 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
“Apabila pasukan itu tiba, ular itu masih ada di dalam reban itu.