Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Amang seksual: Lelaki diperintah bela diri
Published on: Wednesday, July 28, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Amang seksual: Lelaki diperintah bela diri
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 45 tahun diperintah untuk membela diri atas dua tuduhan melakukan amang seksual terhadap anak tiri perempuannya berusia 13 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Kalthom Abd Samad mengeluarkan perintah itu untuk lelaki tersebut selepas memutuskan bahawa pendakwaan telah mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mahkamah menetapkan 13 September tahun ini untuk pembelaan lelaki itu.

Bagi tuduhan pertama, lelaki itu dituduh melakukan kesalahan dengan meraba payudara remaja itu pada pukul 1 tengah hari 3 Julai 2019 di dalam bilik sebuah rumah di sebuah kampung di Ranau.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan sama terhadap remaja itu pada masa yang sama di ruang tamu rumah tersebut. Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Oleh sebab lelaki itu didakwa melakukan kesalahan terhadap mangsa yang mempunyai hubungan keluarga dengannya, tertuduh menghadapi hukuman tambahan di bawah Seksyen 16 Akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, dan sekurang-kurangnya dua sebatan rotan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan memanggil enam saksi dalam perbicaraan itu.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here