Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Wanita rugi RM11,700 ditipu 'kekasih maya'
Published on: Sunday, August 01, 2021
By: Bernama
Text Size:

Wanita rugi RM11,700 ditipu 'kekasih maya'
KOTA BHARU: Seorang wanita berusia 30-an kerugian RM11,700 selepas diperdaya oleh ‘kekasih mayanya’ yang meminta bantuan mangsa untuk kos kuarantin dan rawatan selepas disahkan positif Covid-19, pada Mei lalu.

Mangsa yang masih bujang dan kini menganggur, memasukkan wang itu ke dalam satu akaun menggunakan wang daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kelantan Supt Ahmad Azizul Mohamed berkata daripada laporan yang dibuat mangsa pada 28 Julai lalu, wanita berkenaan menyatakan telah berkenalan dengan suspek yang kononnya berasal dari Eropah Timur. 

Beliau berkata selepas berkenalan suspek menyatakan ingin mengenali mangsa dengan lebih rapat dan akan ke Malaysia untuk berjumpa mangsa.

"Pada 22 Julai lalu, mangsa telah menerima mesej daripada suspek menyatakan dia telah tiba di Malaysia tetapi ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk proses kuarantin. 

Pada keesokan harinya, mangsa telah dihubungi pula oleh seorang wanita yang menyamar sebagai seorang kakitangan kerajaan meminta mangsa membuat bayaran kos kuarantin kenalan alam mayanya itu," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad. 

Sehubungan itu, Ahmad Azizul berkata mangsa telah membuat bayaran RM5,200 ke satu akaun bank tempatan milik individu seorang wanita.

Katanya, pada 26 Julai pula, mangsa telah membuat bayaran RM2,000 ke akaun bank yang sama sebagai bayaran deposit rawatan hospital setelah dimaklumkan bahawa kenalannya tersebut didapati positif Covid-19.

"Kemudian, mangsa sekali lagi membuat bayaran berjumlah RM4,500 pada hari berikutnya sebagai bayaran bil rawatan hospital," katanya.

Beliau turut memaklumkan mangsa membuat laporan polis setelah mengesyaki dirinya ditipu kerana berasa pelik apabila suspek masih lagi menghubunginya meminta wang atas pelbagai alasan lain.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara tidak kurang satu tahun dengan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here