HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Berkumpul di gerai disyaki punca kluster Covid-19 baru di Ranau
Published on: Thursday, September 09, 2021
Text Size:

Kota Kinabalu: Aktiviti berkumpul di gerai sewa disyaki punca tercetusnya kluster Covid-19 baharu di Ranau, kata jurucakap pandemik Sabah Datuk Masidi Manjun.

Kluster Rapak dikategorikan sebagai kluster jenis komuniti dan kes indeks adalah wanita, 81, merupakan pemilik bangunan gerai sewa yang sering datang melawat di gerai sub-indeks sebelum mula bergejala batuk, selsema dan sakit dada sejak 22 Ogos 2021.

“Kes indeks kemudiannya disahkan positif Covid-19 melalui Ujian RTK AG berkeputusan positif grading 100% di sebuah klinik swasta pada 23 Ogos 2021 dan berada di rumah sahaja sebelum mendapatkan rawatan pada hari seterusnya,” kata Masidi dalam kenyataan media malam ini.

“Beberapa siri saringan kontak rapat dijalankan pada 31 Ogos 2021 hingga 04 September 2021 berjaya mengesan 21 kes, sebelum saringan kontak rapat diteruskan pada 08 September 2021 dan mendapati 20 kes lagi positif menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 42 kes termasuk lima kes baharu hari ini.

“Penularan wabak disyaki berpunca daripada aktiviti melibatkan perkumpulan individu di gerai sewa simpang masuk Kg Rapak.”

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  



Follow us on            





Sabah Top Stories