HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Program vaksinasi UMS manfaat lebih 2,000 banduan
Published on: Wednesday, September 15, 2021
Text Size:


HELEN (kanan) memberi cendera hati kepada Pengarah Penjara Pusat KK, PKK Teyun Thian Eim.
Kota Kinabalu: Lebih 2,000 banduan di Kota Kinabalu diberikan vaksinasi sebagai sebahagian daripada Program Outreach Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang bertujuan untuk membantu Kerajaan Sabah mencapai 80 peratus imuniti kelompok menjelang penghujung Disember tahun ini. 

Baru-baru ini, UMS bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengadakan pemberian vaksinasi di Penjara Pusat Kota Kinabalu.

Menurut Pengarah Hospital UMS (HUMS), Prof Dr Helen Benedict Lasimbang, seramai 12 petugas dihantar dan diketuai oleh Pegawai Perubatan HUMS, Dr Mohammad Hazamyn Hazrul Hamzah bagi menjayakan misi tersebut.

“Program Outreach selama lima hari ini menyaksikan vaksin CanSino diberikan kepada  2,118 banduan.

“Selain Penjara Pusat Kota Kinabalu, program vaksinasi ini juga diadakan di  Penjara Wanita Kota Kinabalu pada Isnin (13 September), Lokap Kota Kinabalu (14 September) dan Pusat Tahanan Sementara (15 – 17 September),” katanya dalam kenyataan, Selasa.

Helen menambah, satu lagi pasukan UMS diketuai Pegawai Perubatan HUMS Dr Rishaini Elengovan mengadakan program vaksinasi di Kampung Sepakat Jaya, Sepanggar pada Selasa dan kira-kira 200 penduduk menerima suntikan vaksin.

“Bagi pihak UMS, kita akan sentiasa komited untuk membantu usaha kerajaan negeri menjayakan misi pemberian vaksinasi ini.

“Program Outreach yang membabitkan pelbagai tempat menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri untuk memastikan sasaran imuniti kelompok tercapai,” tambahnya. 

Untuk rekod, UMS sebelum ini turut menjalankan program vaksinasi kepada penduduk sekitar Kota Kinabalu yang diletakkan di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

 



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular