HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Dua lari dari PKPD Kg Pondo dijel 2 bulan
Published on: Wednesday, September 15, 2021
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Kota Kinabalu: Dua warga Filipina dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, Selasa, kerana melarikan diri dari Kg Pondo, Pulau Gaya yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dua bulan lalu.

Pemegang IMM13 Shahadan Jainaran, 23, dan Rumandi Taji, 28, yang tidak mempunyai dokumen, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie kerana keluar dari kawasan itu pada pukul 1.30 pagi 6 Julai.

Berdasarkan fakta kes, dua tertuduh ditangkap oleh polis di pasar Safma dekat sini pada hari yang sama.

Siasatan mendedahkan bahawa Shahadan dan Rumanji mengaku mereka pergi ke pasar tersebut dari rumah mereka di Kg Pondo, Pulau Gaya kerana mereka mahu mencari duit denga menolak tong ikan di pasar berkenaan tanpa surat kebenaran daripada polis.

Dua tertuduh juga didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan.

Semasa rayuan, Shahadan memaklumkan dokumen IMM13 miliknya sudah tamat tempoh.

Mereka didakwa di bawah Peraturan 6(1) Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di. Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 yang boleh dihukum dibawa Peraturan 17(1) dari yang sama, yang memperuntukkan denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Shahadan dan Rumanji, kedua-duanya tidak diwakili, meminta hukuman ringan dan hukuman penjara berjalan dari tarikh tangkap mereka.

Mahkamah memerintah mereka menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas itu.

Sementara itu, seorang lelaki berumur 38 tahun didakwa mencuri dompet seorang wanita.

W.Jeffrydin Jaudin dituduh mencuri dompet milik Rosnah Ramos yang mengandungi dokumen peribadi dan tunai RM500 milik wanita itu, dan tunai RM1,000 milik sebuah syarikat pada pukul 2 pagi 5 April tahun ini di New Donggongon Lodge, Penampang.

Jeffrydin meminta dibicarakan bagi tuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan itu, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menetapkan 18 Oktober untuk pengurusan kes dan melepaskan Jeffrydin dengan ikat jamin RM1,500 dan dua penjamin.

Inspektor Navind Kumar Vijayan dan Inspektor Albert Basiri menjalankan pendakwaan.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular