HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Lelaki didakwa laku amang seksual pada anak
Published on: Wednesday, September 15, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 31 tahun didakwa atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya yang berusia 10 tahun.

Lelaki itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim, kepada tuduhan terhadapnya. 

Dia dituduh melakukan kesalahan itu dengan menghisap puting kanak-kanak itu pada pukul 3 pagi 17 Ogos tahun ini di sebuah rumah di Kota Belud.

Kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Disebabkan hubungan antara tertuduh dan mangsa, lelaki itu menghadapi hukuman tambahan di bawah Seksyen 16 Akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, serta sebatan sekurang-kurangnya dua kali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 7 Oktober untuk pengurusan kes pra-bicara melalui V-Coss dan lelaki itu dinafikan ikat jamin sementara menunggu pelupusan kesnya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Faezah Jafry membantah ikat jamin untuk lelaki itu kerana mangsa merupakan anak tertuduh selain ia melibatkan kesalahan berat.

Apabila ditanya oleh mahkamah sama ada tertuduh ingin berkata apa-apa, lelaki itu menolak.

Tertuduh tidak diwakili.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular