Warga emas ditemukan selamat
Published on: Friday, September 17, 2021
By: R Gonzales
KOTA BELUD: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung Kalibungan Rosok di sini, pada 11 September lalu, ditemukan selamat pada jam 7.45 pagi Rabu.Wanita itu, Tianun Padis, 86, ditemukan penduduk kampung sejauh 1.24 kilometer dari lokasi pos kawalan tempat kejadian (PKTK) dalam keadaan letih dan sedang berjalan kaki keluar dari simpang jalan tidak berturap di Kampung Ginapa.ADVERTISEMENT
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Sahimi Husin mengesahkan penemuan itu berkata, penduduk kampung segera mengambil dan menghantar beliau pulang.
“Sebaik pasukan penyelamat dimaklumkan, mangsa yang turut mengalami luka ringan diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital Kota Belud menggunakan ambulan untuk rawatan lanjut”.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera ditamatkan jam 9.30 pagi sebaik mangsa dihantar ke hospital,” katanya.
Kira-kira jam 8.30 pagi pada 11 September lalu, mangsa tidak pulang selepas pergi ke rumah lamanya yang terletak sejauh 500 meter untuk memberi makan kepada ayam ternakannya.