Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Menara ikonik Sandakan miliki jam semula
Published on: Friday, September 17, 2021
Text Size:

Menara ikonik Sandakan miliki jam semula
JAM-JAM menara itu siap dipasang pada Rabu.
SANDAKAN: Menara jam ikonik berdekatan SM Sung Siew dan menuju ke bulatan Jalan Istana, di sini, kini mempunyai jam-jamnya semula.

Sebelum ini, jam-jam lama yang dipasang sekitar 1983/1984 berhenti berfungsi dan digantikan dengan logo Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) kira-kira lima tahun lepas, menyebabkan menara itu tidak mempunyai jam selama beberapa tahun sejak sekitar 2016.

Junior Chamber International (JCI) Sandakan mengumumkan selesainya projek pemulihan Menara Jam Jaycee Sandakan, pada Rabu.

Jam-jam Seiko baharu berkuasa solar dan bateri yang disumbangkan oleh Seiko Holdings Corporation, Jepun, kini siap dipasang dan mula digunakan.

Dengan adanya jam-jam ini, menara jam tersebut berdiri semula sebagai sebuah tugu bersejarah yang berfungsi sebagai tanda kemajuan masyarakat kita, sekali gus memanfaatkan generasi hari ini dan akan datang.

Sementara itu, JCI Sandakan menyatakan, “lampu sorot tanam” masih perlu dipasang di dasar struktur itu agar seluruh menara itu termasuk jam-jamnya dapat diterangi dan dilihat dari jauh pada waktu malam.

JCI Sandakan juga ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Presiden Kebangsaan JCI Malaysia 1983, Senator Datuk John Liaw Chee Shing yang bukan saja memulakan projek itu tetapi memainkan peranan menghubungi Seiko Holdings Corporation, dengan kerjasama rapat JCI Japan dan JCI Malaysia, MPS, Kastam dan pihak lain berkenaan.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here