Warga S’gor dituduh edar syabu diminta bela diri
Published on: Friday, September 17, 2021
By: Cynthia D Baga
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 27 tahun dari Selangor, diperintah untuk membela diri bagi tuduhan mengedar 10,350.7 gram (10.3507kg) syabu.Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nurchaya Arshad membuat perintah itu terhadap Lee Kok Wah, selepas memutuskan bahawa pendakwaan telah mewujudkan kes prima facie terhadap Lee pada Rabu.ADVERTISEMENT
Mahkamah menetapkan 27-28 Oktober tahun ini untuk pembelaan Lee, dan pihak pembelaan memberitahu bahawa hanya seorang saksi akan dipanggil.
Lee dituduh mengedar dadah itu pada pukul 11.46 pagi 8 April 2018 di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini.
Lee, yang bekerja sebagai pemasang siling, didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya, yang membawa sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dengan sekurang-kurangnya 15 sebatan rotan, jika sabit kesalahan.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Pendakwaan telah memanggil 11 saksi dalam perbicaraan.ADVERTISEMENT
Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Mahadi menjalankan pendakwaan, sementara Lee yang diperintah reman lanjut, dikawakili oleh peguam dilantik, Chong Kian Ming.