Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Lagi sektor seperti pelancongan, kecantikan dibuka 1 Okt
Published on: Tuesday, September 28, 2021
Text Size:

Lagi sektor seperti pelancongan, kecantikan dibuka 1 Okt
Taman Hidupan Liar Lok Kawi.
Kota Kinabalu: Lebih banyak sektor seperti pelancongan dan kecantikan dibenarkan buka pada 1 Oktober dengan syarat pengusaha dan pengunjung telah lengkap vaksinasi dan berstatus risiko rendah pada aplikasi MySejahtera.

Menurut jurucakap krisis Covid-19 Datuk Masidi Manjun, pusat/premis/produk pelancongan seperti zoo, perladangan, akuarium, pusat edutainment, extreme adventure, taman rimba dan lain-lain dibenarkan beroperasi.

Kerajaan Sabah juga bersetuju membuka semula perniagaan spa, salun kecantikan, refleksologi, pusat kesihatan (wellness) dan urut kesihatan serta perkhidmatan pedicure dan manicure.

Kerajaan juga bercadang untuk beralih ke Sistem Zon sebagai peralihan berkala daripada sekatan Rentas Daerah kepada Rentas Zon bermula 1 Oktober 2021 dengan syarat kadar vaksinasi lengkap bagi penduduk dewasa Negeri Sabah telah mencapai 60% dan setiap daerah dalam setiap zon juga telah mencapai nilai ambang 60% penduduk dewasa yang lengkap divaksin.

“Mana-mana daerah dalam zon yang belum mencapai 60% penduduk dewasa lengkap divaksinasi dengan sendirinya terasing daripada zon sehingga mereka mencapai nilai ambang 60% kadar vaksinasi lengkap penduduk dewasa bagi daerah tersebut dan kekal dengan status "stand alone district,” kata Masidi dalam kenyataan media malam ini.

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign for e-paper and premium online news access

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here