Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Kes lelaki didakwa bunuh teman wanita dipindah ke Mahkamah Tinggi
Published on: Tuesday, September 28, 2021
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Kes lelaki didakwa bunuh teman wanita dipindah ke Mahkamah Tinggi
Kota Kinabalu: Kes seorang lelaki berumur 30 tahun yang didakwa membunuh teman wanitanya, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Lovely Natasha Charles pada Isnin membuat perintah tersebut bagi kes Hartono Janang susulan permohonan oleh pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Hartono dituduh membunuh Kamalia Yusopp, 35, antara jam 12.30 pagi dan 6.55 malam pada 19 Januari tahun ini di bukit di belakang sebuah hotel di Bandaran Berjaya, di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Rayuan Hartono akan direkodkan di Mahkamah Tinggi.

Hartono, yang tidak diwakili, diperintah reman lanjut kerana tuduhan terhadapnya tidak mempunyai peruntukan ikat jamin.

Dalam kes lain, seorang lelaki didenda RM25 atau penjara sehari kerana melakukan khianat di tempat awam empat bulan lalu.

Minson Ombolog mengaku bersalah menumbuk, menendang serta memukul dua kereta menggunakan topi keledar dengan niat mahu menyerang orang di dalam kereta itu pada pukul 11.50 malam 25 Mei, berdekatan kedai Taman Fortuna.

Dia didakwa di bawah Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil yang memperuntukkan denda RM25 atau penjara sehingga seminggu, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, empat orang dijatuhi hukuman kerana melakukan kesalahan berkaitan dadah.

Mujim Talip dipenjara tujuh bulan selepas dia mengaku memiliki 0.03 gram syabu di Penampang pada 18 Jun.

Jie Romeo, Eric Liew dan Daryl Ian masing-masing dipenjara lima bulan selepas mereka mengaku bersalah secara berasingan mengambil syabu di lokasi berlainan di sini dan di Penampang antara 16 dan 24 Mei.

Mujim didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Jie, Eric dan Daryl didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta sama, yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Inspektor Navind Kumar Vijayan menjalankan pendakwaan.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here