HEADLINES :




Amang seksual: Warga asing dipenjara 20 tahun
Published on: Wednesday, October 13, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Kota Kinabalu: Seorang warga asing dipenjara 20 tahun atas dua tuduhan melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak beradik.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu kepada Selamat Asing yang menukar pengakuannya dan mengaku bersalah kepada dua tuduhan terhadapnya.

Bagi tuduhan pertama, Selamat dipenjara 10 tahun kerana melakukan kesalahan itu dengan menyentuh dan memasukkan jarinya ke dalam kemaluan seorang kanak-kanak perempuan berusia tuujuh tahun di sebuah rumah di sebuah kampung di Sipitang, antara April dan Ogos 2020.

Bagi tuduhan kedua, dia dipenjara 10 tahun kerana melakukan kesalahan sama terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di tempat dan masa yang sama.

Kesalahan di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintah supaya selamat menjalani hukuman penjaranya berturut-turut dari tarikh tangkapnya pada 19 Ogos 2020.

Semasa rayuan, Selamat yang tidak diwakili, meminta hukuman ringan dan merayu agar tidak dikenakan sebatan, mengatakan dia sudah berumur 53 tahun.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan kepada Selamat atas sebab ia melibatkan kesalahan berat.

Dia juga berhujah bahawa mahkamah harus mengambil kira umur mangsa.

 



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular