HEADLINES :




Masalah alat ganti punca kelewatan baiki paip bocor
Published on: Wednesday, October 13, 2021
By: Sidney Skinner
Text Size:


Seorang pekerja Jabatan membongkok untuk mencapai paip rosak di Kinarut, selepas parit digali.
KEROSAKAN pada satu bahagian paip air utama yang membekalkan sebahagian kawasan Kinarut menyebabkan gangguan bekalan kepada pengguna di situ untuk beberapa lama, baru-baru ini.

Seorang jurucakap Jabatan Air berkata kakitangannya menemui kebocoran di sebahagian paip penghantaran di sepanjang jalan masuk ke Kg Langsat.

“Paip sembilan-inci itu pecah. Kami mengesyaki ini berlaku disebabkan kesan haus dan lusuh pada struktur itu selama bertahun-tahun,” katanya.

Dia berkata ia mengambil masa beberapa hari untuk menyiapkan kerja pembaikannya, sebelum bekalan dapat dipulihkan.

“Kelewatan ini sebahagiannya disebabkan oleh kesukaran untuk mencari alat ganti yang diperlukan untuk pembaikan.

“Jenis paip ini tidak lagi dibuat. Malah pengapit yang diperlukan untuk kerja ini tidak boleh dibeli di Kota Kinabalu.”

Katanya, Jabatan terpaksa menggunakan sumber luar daerah untuk mendapatkan alat ganti yang sesuai.

“Kami terpaksa menunggu alat ganti baharu itu tiba dari Tawau sebelum paip itu dapat dbaik pulih.”

Beberapa alat ganti yang terpaksa diperolehi dari luar Kota Kinabalu.

Dia berkata pengguna yang terjejas mendapat semula bekalan mereka, sebaik tekanan yang mencukupi terbentuk di dalam paip.”

“Bagaimanapun, memandangkan masalah yang kami hadapi dalam melakukan pembaikan baru-baru ini, kami mempertimbangkan kemungkinan untuk menaik taraf paip penghantaran utama di sekitar pekan itu.

“Kami berharap ini dapat menambah baik bekalan kepada pelanggan kami di sini.”

Agensi itu mempertimbangkan kemungkinan untuk mengganti paip sedia ada dengan jenis paip lebih baharu dan berdiameter lebih besar, menurutnya.

“Ini memberi manfaat tambahan untuk membolehkan kami menghantar lebih banyak air terawat ke kawasan ini.

Dia berkata Jabatan sedar bahawa tekanan bekalan, yang datang dari paip di kampung itu, kadang-kadang lemah.

“Sementara kami cuba memutuskan bagaimana untuk mengatasi masalah air ini, kami mungkin akan melakukan pengimbangan untuk membolehkan lebih banyak air terawat sampai ke penduduk di sini.”

GRAYSON dari Kinarut mengeluh mengenai kesulitan yang disebabkan oleh kekurangan air di rumahnya di Kg Langsat.

“Air di dalam tangki simpanan kami hampir habis,” katanya, menambah bekalan di rumahnya terputus sejak enam hari lalu.

“Kami terpaksa minum air botol dan tidak makan di rumah kerana ini.”

Dia berkata, sebelum ini, bekalan air memang tidak menentu.

Grayson kecewa mengenai tekanan air rendah yang dialami oleh ratusan rumah tangga di kampung ini sejak beberapa bulan lalu.

Dia berkata masalah bekalan itu menyukarkan dia dan jirannya untuk mencuci pakaian, apa lagi membersihkan rumah mereka.

Dia mendakwa bekalannya sering terputus setiap kali hujan turun dengan lebat.

“Saya tidak faham kenapa ini berlaku. Saya sangka banyak air akan membantu pengeluaran air, bukannya menjadi halangan.”

Grayson berkata dia sudah beberapa kali cuba menghubungi pihak Jabatan mengenai masalah ini.

Sementara itu, kesilapan pada pihak kakitangan agensi tersebut menyebabkan kelewatan yang dialami oleh seorang pengguna di Putatan untuk bekalannya disambungkan semula, selepas dia melunaskan tunggakan bilnya.

Jurucakap itu meminta maaf, bagi pihak Jabatan, atas kelewatan itu, dengan mengatakan ia tidak disengajakan.

“Selain itu, disebabkan sekatan berkaitan dengan Covid, kami mempunyai bilangan kakitangan terhad untuk melakukan kerja menyambung semula bekalan air pengguna yang dipotong,” katanya.

“Mereka dibanjiri kerja, kebelakangan ini, dalam berurusan dengan pengguna yang mempunyai tunggakan dan memasang semula meter di tempat-tempat dari mana alat-alat ini ditanggalkan.

METER pengguna di Putatan sedang disambung semula.

CHAM dari Putatan pulang pada satu petang Rabu baru-baru ini dan mendapati rumahnya tiada bekalan air.

“Pada mulanya, saya fikir ini disebabkan oleh penutupan bekalan kerana jiran saya juga tiada bekalan,” katanya.

“Hanya selepas kami memeriksa meter kami, baru kami sedar bekalan kami telah dipotong.”

Dia berkata suaminya menjelaskan tunggakan bil rumah tangga mereka di Jabatan pada petang esoknya.

Suaminya nampaknya diberitahu bahawa bekalan akan disambung semula kemudian pada hari yang sama, katanya.

“Walaupun ada jaminan ini, kakitangan Jabatan gagal menunaikan janjinya.

“Saya tidak faham bagaimana perkara ini boleh berlaku, kerana jiran saya pulih bekalannya pada Khamis itu.”

Pada waktu Cham menghubungi Hotline, bekalannya sudah terputus selama lebih dari tiga hari.

“Saya tidak dapat memasak untuk keluarga saya dan anak-anak saya terpaksa pergi ke sekolah tanpa mandi.”

Penduduk itu memberikan Hotline maklumat pengebilannya dan maklumat itu diserahkan kepada agensi. 



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular