HEADLINES :




Terus patuhi SOP: Masidi
Published on: Thursday, October 14, 2021
By: Anthea Peter
Text Size:

Kota Kinabalu: Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun menggesa orang ramai agar terus sentiasa berjaga-jaga dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di tengah-tengah keputusan Kerajaan Negeri pada Rabu untuk melonggarkan sekatan perjalanan rentas daerah dan rentas negeri.

“Seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mod Noor, perjalanan rentas daerah akan dibenarkan pada 14 Oktober dan perjalanan rentas negeri akan dibenarkan bermula 1 November, tertakluk kepada syarat-syarat. 

“Masyarakat digesa untuk terus mematuhi SOP yang digariskan untuk mengekang jangkitan baharu walaupun pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi dan kemudahan awam yang menampung keperluan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Sabah merekodkan 751 kes pada Rabu, sementara enam kematian direkodkan – empat di Sandakan dan dua di Kudat.

Masidi berkata Kota Belud mencatatkan angka tertinggi dengan 75 kes, disusuli Kota Kinabalu (74), Sandakan (58), Tenom (49), Tuaran (48), Ranau (47), Lahad Datu (46), Keningau (45), Penampang (40) dan Beaufort (34).

“Lapan daerah merekodkan peningkatan ketara iaitu Tenom (+32), Sandakan (+28), Kota Kinabalu (+19), Tuaran (+15), Kota Belud (+12), Penampang (+12), Beaufort (+10) dan Tambunan (+10).

“Daerah yang merekodkan penurunan ketara termasuk Kudat (-27), Putatan (-20), Tawau (-17), Kota Marudu (-10) dan Pitas (-10),” katanya.

Daripada jumlah kes itu, katanya 67.51 peratus daripada kes didaftarkan dari hari sebelumnya sementara bakinya tertunggak selama lebih dua hari. 

Katanya kontak rapat menyumbang 55.39 peratus daripada jumlah kes disusuli saringan bergejala dengan 37.95 peratus.

Tambahnya 8.26 peratus dalam kategori satu dan 84.42 peratus dalam kategori dua, sementara tujuh pesakit dalam kategori tiga dan satu pesakit dalam setiap kategori empat dan lima. 46 kes masih dalam penilaian.

Katanya 12 kes melibatkan bayi berumur kurang setahun, 55 melibatkan satu hingga lima tahun, 59 melibatkan enam hingga 11 tahun, 88 melibatkan 12 hingga 17 tahun, 93 melibatkan 18 hingga 25 tahun, 371 melibatkan 26 hingga 59 tahun, manakala 73 kes melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. 

Jumlah kes itu terdiri daripada 729 warga Malaysia dan 22 bukan warganegara Malaysia, 740 kes tempatan dan 11 kes import, sementara 301 belum divaksin dan 407 telah melengkapkan kedua-dua dos.

Seramai 1,145 pesakit Covid-19 telah discaj dari hospital sementara 2,338 pesakit ketika ini sedang menerima rawatan di hospital, pusat kuarantin dan rawatan risiko rendah (PKRC), penjara/pusat tahanan sementara dan fasiliti swasta. 

Masidi berkata 132 pesakit berada di bawah penjagaan kritikal, dengan 113 di Unit Rawatan Rapi (ICU)/ repurposed critical care serta 19 di wad terbuka (wad kebergantungan tinggi (HDW)/ acute cubicle), dengan 40 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kapasiti katil Sabah ialah 6,539 unit dengan kadar penggunaan 35.75 peratus, tambahnya.

Mengenai program imunisasi Sabah, Masidi berkata 32,731 individu divaksin pada 12 Oktober, di mana 11,439 adalah dewasa dan 21,292 adalah remaja. 

“Sehingga 12 Oktober, seramai 2,386,233 individu sudah mendapatkan dos pertama, di mana 75.5 peratus adalah dewasa. Seramai 2,083,451 individu telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin, di mana 1,948,871 adalah dewasa,” katanya. 

Tambahnya seramai 304,090 remaja telah menerima dos pertama, sementara 134,580 remaja sudah lengkap divaksinasi setakat ini. 



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular