HEADLINES :




IDN dilaksanakan sepenuhnya pada 2024: Hamzah
Published on: Wednesday, October 20, 2021
By: Bernama
Text Size:

PUTRAJAYA: Identiti Digital Nasional (IDN) akan dilaksanakan sepenuhnya pada 2024, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin (gambar).

Beliau menjelaskan bahawa IDN tidak akan menggantikan MyKad sebagai dokumen pengenalan diri sebaliknya merupakan satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital dengan menggunakan teknologi terkini biometrik seperti cap jari, pengecaman wajah dan iris bagi rakyat menjalankan urusan dalam talian.

"Pengesahan individu secara digital ini penting bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian yang boleh merugikan negara," katanya pada sambutan Hari Pendaftaran Negara ke-73 yang diadakan secara dalam talian hari ini.

Hamzah berkata proses perancangan IDN bermula tahun ini, dengan sistem dan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan ditambah baik supaya sentiasa terkini dan selamat agar urusan pengesahan identiti pengguna melalui IDN dapat dikendalikan dengan baik.

"Dengan adanya IDN ini, semakan dan pengesahan individu warganegara yang mempunyai MyKad dapat dilaksanakan dengan mudah dan tepat.

"Ia bukan hanya dapat membantu melancarkan semua proses yang terlibat, apa yang lebih penting ia mampu memberi keyakinan tinggi kepada rakyat terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan," katanya.



ADVERTISEMENT


Other News




Berita Popular


Advertisement 


Follow Us  




Follow us on