Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Jana pendapatan menerusi kreativiti, trend semasa
Published on: Monday, October 25, 2021
By: Utusan Borneo
Text Size:

Jana pendapatan menerusi kreativiti, trend semasa
RAHMAH Jan bermesra bersama pelanggan.
Kota Kinabalu: Pandemik Covid-19 nyata banyak memberi kesan terutama dari segi pengurusan ekonomi dan kewangan rumah tangga, tidak kira bagi mereka yang berkeluarga atau bersendiri.

Namun, menurut usahawan fesyen Datuk Rahmah Jan Sulaiman Khan, usahawan masih mampu untuk menghasilkan pendapatan dengan kreativiti dan trend semasa.

“Keadaan semasa memang mencabar bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, namun jika kita mengalah dan tidak berdepan risiko dari dugaan ini, pasti kita akan lebih awal tewas sebelum mula bertarung dalam ‘persaingan’ ini.

“Pastinya kunci untuk terus bertahan adalah mengaplikasikan kreativiti yang ada, berdasarkan trend semasa yang terkini, misalnya berniaga secara atas talian, manfaatkan teknologi, untuk memastikan segala hasil jualan kita mampu sampai kepada pelanggan dan bakal pelanggan,” katanya.

Jelas Rahmah, usahawan wanita khasnya yang memasarkan produk fesyen seperti pakaian dan tudung, pastinya terkesan namun usaha keras wajar ada dalam diri setiap usahawan.

“Mencabar untuk usahawan fesyen, ketika pandemik Covid-19, namun kita bersyukur dengan hampir kesemua rakyat negara kita sudah divaksin, Alhamdulillah, perniagaan dan lain-lain sektor mulai dibuka dan perlahan-lahan ekonomi kita nampaknya semakin beransur pulih dan baik.

“Ini adalah petanda baik untuk usahawan wanita dan saya sendiri memanfaatkan saat ini untuk mempromosikan lagi produk tudung saya,” katanya.

Tambah Rahmah, kerjaya sebagai usahawan adalah satu kerjaya yang memerlukan kesabaran, keyakinan dan tekad azam tinggi.

“Dari mula bertapak iaitu pada 2001, saya memang sudah menjangkakan cabaran dan dugaan yang bakal dialami sebagai usahawan dan saya menjadikan kesemua itu sebagai kekuatan dan batu loncatan untuk saya kekal bertahan.

“Sesungguhnya kita di Malaysia adalah bertuah kerana kita dapat menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan dengan mudah, kerana Kerajaan kita turut menyediakan pelbagai platform untuk usahawan baharu memperoleh ilmu yang boleh diaplikasikan dalam perniagaan yang bakal dijalankan, selain daripada penyediaan dana dan pinjaman yang amat membantu peniaga kecil yang mahu mula berkecimpung dalam bidang keusahawanan,” tambahnya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here