Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Guru besar, pengurus syarikat didakwa CBT dan bersubahat
Published on: Thursday, October 28, 2021
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Guru besar, pengurus syarikat  didakwa CBT dan bersubahat
Kota Kinabalu: Seorang guru besar dan seorang pengurus syarikat meminta dibicarakan atas pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah (CBT) dan bersubahat.

Aminah Pilie, 52, dan pengurus syarikat Mohammad Noorazrin Jufrey, 27, membuat pengakuan itu secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat, Rabu. Kedua-dua Aminah dan Mohammad mempunyai dua pertuduhan dikenakan ke atas mereka.

Atas pertuduhan pertama, Aminah didakwa melanggar kepercayaan yang diamanahkan kepadanya sebagai guru besar SK Kunak 2, dengan meluluskan pembayaran sebanyak RM1,000 kepada JS Enterprise bagi pembekalan ko-kurikulum sedangkan pembekalan itu tidak dilaksanakan pada 14 Februari, 2018, di bilik guru besar di sekolah itu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan sama dengan meluluskan satu lagi pembayaran sebanyak RM1,000 untuk tujuan sama pada 8 Mac, 2018 di tempat sama. Pertuduhan menyatakan bahawa wang itu dikeluarkan dari akaun semasa sekolah itu di Maybank Kunak. Kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Mohammad atas pertuduhan pertama hingga kedua, didakwa bersubahat dengan Aminah untuk melakukan pecah amanah di tempat dan waktu sama.

Mahkamah menetapkan 7 Disember untuk sebutan dan membebaskan dua orang itu dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 deposit RM4,000 beserta seorang penjamin tempatan, setiap seorang.

Dua orang itu turut diarah melaporkan diri dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dua bulan sekali dan pasport mereka, jika ada, diserahkan kepada mahkamah sehingga pelupusan kes mereka. Pegawai Pendakwa Dzulkarnain Rousan Hasbi tampil untuk pendakwaan.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here