HEADLINES :




Lagi perusuh di PTS Manggatal dipenjara
Published on: Thursday, November 25, 2021
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Kota Kinabalu: Seorang lelaki Filipina berumur 23 tahun, yang merusuh di Pusat Tahanan Sementara Imigresen di Manggatal, bersama beberapa tahanan lain, dijatuhi hukuman penjara 13 bulan.

Mazlan Abdul Razak mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles, kerana melakukan kesalahan itu bersama 20 tahanan lain di premis itu di Jalan Kokol Poring-Poring, Manggatal pada jam 6.25 pagi, 10 September lalu.

Mazlan didakwa di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Acara Jenayah yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Lima belas warga asing lain dijatuhi hukuman penjara 13 bulan setiap seorang pada 11 November selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Inspektor Kelvan Elson Maik yang mengendalikan pendakwaan, memaklumkan kepada mahkamah bahawa seorang pegawai imigresen membuat laporan polis pada jam 11.53 pagi pada 10 September, melaporkan bahawa tahanan di pusat itu merusuh antara jam 6.20 pagi dan 7.10 pagi.

Siasatan mendapati bahawa seramai 21 orang dikenal pasti sebagai perusuh oleh kakitangan imigresen di pos kawalan blok-blok terbabit, mahkamah diberitahu.

Tidak diwakili, Mazlan meminta hukuman ringan dengan berkata dia telah ditahan sejak 2019, dari penjara ke Pusat Tahanan Sementara sambil menambah keluarga sedang menunggunya di luar.

Kelvan memohon hukuman setimpal.

Lovely memerintahkan Mazlan menjalani hukuman dari tarikh dia ditangkap dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



ADVERTISEMENT


Other News




Berita Popular


Advertisement 


Follow Us  




Follow us on