HEADLINES :




Lelaki bebas tuduhan tanam kanabis
Published on: Thursday, November 25, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 53 tahun dibebaskan daripada pertuduhan menanam pokok kanabis seberat 30g.  Chai Kong Ming dibebaskan dan dilepaskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz, tanpa dipanggil membela diri pada Rabu. 

Mahkamah memerintahkan bahawa pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Chai. 

Chai didakwa melakukan kesalahan itu pukul 12.15 tengah hari di sebuah rumah di Kepayan pada 11 Ogos, 2020. 

Kesalahan di bawah Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) Akta sama itu membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebatan sekurang-kurangnya enam kali sebatan, jika sabit kesalahan. Pendakwaan memanggil enam saksi semasa perbicaraan di peringkat pendakwaan. 

Timbalan Pendakwa Raya Adibah Saiful Bahri tampil untuk pendakwaan manakala Chai diwakili peguam Lim Chun Yuan. 

Di mahkamah sama, seorang wanita dipenjara lima tahun kerana mengambil dadah berulang kali.  Sarmah Ahmad Mahalan mengaku bersalah mengambil dadah itu pada 22 Oktober tahun ini selepas ujian air kencingnya di uji positif dadah dan dia mempunyai beberapa rekod sabitan kerana mengambil dadah. 

Mahkamah memerintahkan Sarmah menjalani hukuman penjaranya dari tarikh dia ditahan. Selepas menjalani hukuman penjara, Sarmah diperintah diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



ADVERTISEMENT


Other News




Berita Popular


Advertisement 


Follow Us  




Follow us on