HEADLINES :




Ruslan, Jais dan Aminah calon popular pemilihan PBBS
Published on: Thursday, November 25, 2021
Text Size:


Ruslan (kiri atas), Ahmad Barawi (kanan atas), Siti Aminah (kiri bawah) dan Jais.
BEAUFORT: Teka-taki siapa bakal menduduki kerusi tertinggi Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) untuk tempoh 2021-2024 akan terjawab pada persidangan perwakilan tahunan persatuan itu di Bangunan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Bisaya di sini pada 18 Disember depan. 

Tiga tokoh popular kalangan suku kaum Bisaya di negeri ini iaitu Pemangku Presiden yang juga Wakil Rakyat Lumadan, Hj Ruslan Muharam bergandingan dengan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah, Jais Asri dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort, Datuk Hajah Siti Aminah Aching adalah antara tiga tokoh popular yang dijangka mendominasikan pemilihan kali ini. 

Ruslan yang juga Pengerusi Perkasa Realty dan ahli perniagaan mempertahankan jawatan presiden dan akan ditentang Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Isnin Aliasnih yang juga Wakil Rakyat Klias. 

Sebelum ini, Ruslan dilantik pemangku presiden berikutan kematian bekas presiden Datuk Lajim Haji Ukin yang diberi gelaran Janang Gayuh, September lalu. 

Jais yang berstatus pegawai kanan kerajaan dan pengamal motivasi keluarga sakinah serta berpengalaman dalam program khidmat masyarakat di peringkat negeri dan nasional akan bertanding empat penjuru merebut satu tempat jawatan timbalan presiden. Beliau ditentang Abdullah Okin, Awang Anak Abdul Sani dan Jamaludin Musleh.

Siti Aminah yang juga Setiusaha Politik di Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejatheraan Rakyat pula akan bertanding merebut lima tempat untuk jawatan naib presiden bersama 15 yang lain. 

Turut menawarkan diri bertanding naib presiden ialah ahli perniagaan dan Presiden Dewan Usahasama dan Perniagaan Bisaya Sabah (Dubisa), Ahmad Barawi Mokhtar.

Pemilik syarikat Ahba Niaga itu telahpun mengesahkan pencalonan beliau di pejabat PBBS minggu lalu. Selain Siti Aminah dan Ahmad Barawi,14 calon lain yang turut menawarkan diri bertanding jawatan naib presiden ialah Wahab Mohd Jali, Ghanilin Hasim, Gapar Jidin, Ibrahim Salim, Osman Pudin, Yunus Abdul Rajah, Bibiyani Abdul Adis, Mohd Said Awang Damit, Risim Aham, Mohd Azman Lajim, Abdul Jarih Okin, Jaludin Kadir, Matdin Sangar, dan Sahlih Sirin.

Bekas Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Hajah Azizah Mohd Dun dan Pengarah Kanan Kastam Lapanganterbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sadim Haji Abdul serta Ketua Umno Bahagian Sipitang, Datuk Kamarlin Umbi tidak bertanding pada pemilihan kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Dr Hajah Siti Aidah Lukin ketika dihubungi berkata, seramai 1,400 perwakilan daripada 227 cawangan termasuk ahli seumur hidup PBBS di seluruh negeri akan hadir bagi memilih kepimpinan baharu persatuan itu untuk tempoh tiga tahun berakhir pada 2024.

Menurutnya, terdapat 94 calon yang akan bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan hanya 25 individu yang mendapat undi tertinggi akan dipilih menduduki kerusi AMT.

Dr Aidah berkata, mesyuarat agung perwakilan kali ke-30 ini bertemakan “Misapol Tokou Sumingkot” membawa maksud “Berkerjasama Kita Naik”.

Gandingan Ruslan, Jais dan Siti Aminah dalam pemilihan terbaharu ini dilihat seimbang dalam kalangan perwakilan memandangkan tiga calon popular itu mewakili tiga daerah yang mempunyai populasi suku kaum Bisaya di Sabah. 

Ruslan yang mewakili Lumadan, Sipitang, sementara Jais dan Siti Aminah yang masing-masing berasal dari Kuala Penyu dan Beaufort dianggap calon terbaik mewakili tiga daerah itu. 

Reputasi ketiga tiga pemimpin itu dianggap cukup seimbang untuk menerajui PBBS untuk tempoh tiga tahun akan datang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



ADVERTISEMENT


Other News




Berita Popular


Advertisement 


Follow Us  




Follow us on