HEADLINES :




Penagih didakwa ambil syabu lagi
Published on: Saturday, November 27, 2021
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Kota Kinabalu: Seorang lelaki didakwa mengambil syabu secara berulang.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Joeyson Jaimin selepas tuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus.

Dia didakwa mengambil dadah itu baru-baru ini di kawasan bandaraya dan dia juga mempunyai beberapa rekod sabitan lampau kerana mengambil dadah.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM10,000 berdeposit RM5,000 dengan dua penjamin tempatan yang mempunyai alamat tetap.

Joeyson juga diperintah supaya melapor diri di balai polis Tanjung Aru dua kali sebulan.

Mahkamah menetapkan 21 Disember ini untuk sebutan sementara menunggu laporan patologi.

Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Bersalah 1952 itu dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39C (2) Akta sama, memperuntukkan hukuman penjara antara lima dan tujuh tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Dalam kes lain, seorang lelaki berumur 29 tahun dipenjara empat bulan dan dikenakan satu sebatan rotan kerana memasuki negeri ini secara haram.

Yusof Osman mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim, kerana memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen.

Dia ditangkap pada 11 November tahun ini, di sini selepas gagal menunjukkan dokumennya kepada polis.

Mahkamah memerintah supaya Yusof menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkapnya.

Selepas menjalani hukuman itu8, Yusof diperintah rujuk ke Jabatan Imigresen.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



ADVERTISEMENT


Other News




Berita Popular


Advertisement 


Follow Us  




Follow us on