Pengurus besar nafi terima suapan RM8,110
Published on: Saturday, December 04, 2021
By: Lagatah Toyos
TAWAU: Seorang pengurus besar di sebuah agensi kerajaan negeri mengaku tidak salah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini pada Jumaat atas dakwaan menerima suapan berjumlah RM8,110, dua tahun lepas.Ahmad Rudi Abd Rashid, 47, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Manat selepas kertas pertuduhan dibacakan ke atasnya.ADVERTISEMENT
Tertuduh selaku Penolong Pegawai Ekonomi yang bertugas sebagai Pengurus Besar di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Semporna, didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan di pejabat PPK Semporna pada 26 Februari 2019.
Tertuduh didakwa meluluskan Baucar Bayaran bernombor BB021900065 berjumlah RM8,110 kepada Syarikat Pemborong Putramas yang dimiliki Mohamad Sadeed Mohamad Said, untuk bayaran Penyediaan Keperluan sempena Lawatan Mesyuarat LPP/MOA/JPA seramai 30 orang pada 28 hingga 31 Oktober 2018, sedangkan kerja-kerja berkenaan dilakukan oleh tertuduh sendiri.
Hakim kemudiannya menawarkan wang jaminan sebanyak RM8,000 berdeposit RM4,000 dengan seorang penjamin tempatan serta menetapkan 24 Februari 2022 untuk tarikh sebutan semula kes.
Ahmad Rudi didakwa di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.ADVERTISEMENT
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa SPRM Norsham Saharom tampil mendakwa, manakala tertuduh tidak diwakili.
ADVERTISEMENT
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.