Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Penghuni asrama IPG cetus kluster baharu di Tuaran
Published on: Thursday, December 09, 2021
By: Anthea Peter
Text Size:

Penghuni asrama IPG cetus kluster baharu di Tuaran
Kota Kinabalu: Kluster baharu Covid-19 membabitkan Institut Perguruan (IPG) Kampus Kent dikenal pasti di Bakut, Tuaran pada Rabu, dinamakan sebagai Kluster Jalan Tuaran Bakut yang mencatatkan 27 jangkitan setakat ini.

Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata pesakit indeks adalah pelajar perempuan tempatan berusia 20 tahun yang telah menjangkiti 26 pelajar lain yang tinggal di asrama yang sama dengannya.

Dia diuji positif pada 27 November selepas menjalani saringan bergejala. Daripada 134 kontak yang disaring, 26 didapati positif.

“Punca jangkitan masih dalam siasatan, bagaimanapun penularan dipercayai berpunca daripada aktiviti pergaulan dalam kalangan pelajar asrama.

“Mereka yang dijangkiti telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Masidi berkata kes di Sabah terus meningkat dengan 322 kes baharu dicatatkan pada Rabu berbanding 307 kes sehari sebelumnya.

Beliau berkata lima kematian direkodkan – masing-masing satu di Ranau, Lahad Datu, Sipitang, Kota Marudu dan Penampang.

“Daerah-daerah dalam kumpulan ‘Empat Serangkai’ kembali menduduki tangga teratas, mencatatkan kes terbanyak. Tuaran mendahului senarai dengan 55 kes, diikuti Kota Kinabalu (53), Ranau (34) dan Kota Belud (25).

“Sekitar 16 daerah merekodkan kes satu digit, di mana enam daripadanya mencatatkan sifar kes,” katanya.

Tambahnya, dua daerah mencatatkan peningkatan ketara iaitu Tuaran (+21) dan Ranau (+14), manakala dua daerah mencatatkan penurunan ketara iaitu Penampang (-17) dan Papar (-15).

Mengenai jumlah kes, 136 adalah kontak rapat sementara 153 adalah jangkitan sporadik.

Masidi berkata 224 telah divaksin sepenuhnya dan 38 belum divaksinasi, manakala seorang telah melengkapkan dos pertama dan 59 tidak layak menerima vaksin.

Beliau berkata hampir 97 peratus kes adalah jangkitan kategori satu dan dua, manakala masing-masing dua kes dalam kategori tiga, empat dan lima. Empat pesakit masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri.

Seramai 321 pesakit Covid-19 dibenarkan keluar hospital manakala 1,195 pesakit menerima rawatan di hospital, pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC), penjara/pusat tahanan sementara dan kemudahan swasta.

Masidi berkata 53 pesakit berada di bawah rawatan kritikal, termasuk 51 di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta dua di wad terbuka (wad kebergantungan tinggi), sementara 18 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Mengenai program imunisasi Sabah, Masidi berkata 5,305 individu telah divaksin pada 7 Disember, di mana 5,010 adalah dewasa dan 295 adalah remaja.

“Kira-kira 2,443,030 individu telah melengkapkan dos pertama mereka, di mana 76.43 peratus adalah orang dewasa. Seramai 2,395,053 individu telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin itu, di mana 75.63 peratus daripadanya adalah orang dewasa,” katanya.

Beliau menambah, 334,777 remaja telah menerima dos pertama mereka, manakala 308,920 remaja telah menerima vaksin lengkap setakat ini, iaitu 71.14 peratus daripada populasi remaja.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here