HEADLINES :




Penduduk Penampang persoal proses baik pulih parit ambil masa lama
Published on: Friday, January 14, 2022
By: Sidney Skinner
Text Size:


SEORANG pemilik rumah cuba menyelamatkan harta bendanya sebelum dibawa arus.
JABATAN Pengairan dan Saliran (JPS) cuba mempercepatkan kerja membaik pulih parit monsun di beberapa kejiranan di Penampang, termasuk Taman Millennium Heights, Golf Garden dan Taman Golf View.

Jurucakap JPS berkata ia dalam perbincangan dengan kontraktor yang dilantik mengenai kaedah menyegerakan kerja ini.

“Kami bercadang untuk mengeluarkan cerucuk dan menampal beberapa bahagian parit, sebelum melengkapkan usaha membaik pulih parit itu,” katanya.

“Berapa cepat kontraktor menyelesaikan perkara ini bergantung pada berapa lama cuaca panas sekarang.”

Jurucakap itu mengulas petisyen, yang ditandatangani oleh sembilan pemilik rumah, mengenai masalah saliran di Taman Golf View.

Mereka berkata ini berpunca daripada kerosakan pada sebahagian parit monsun berhampiran.

Akibatnya, apabila hujan lebat, air di dalam parit sering melimpah ke jalan perumahan, menurut mereka.

Mereka menyedari tentang tindakan JPS membina semula bahagian parit yang rosak tetapi tidak berpuas hati dengan proses pembaikan yang panjang.

Penduduk tidak faham kenapa kerja itu masih belum disiapkan, 10 bulan selepas ia mula dijalankan.

Sepanjang proses itu, keadaan banjir di sana semakin teruk, menurut mereka.

Air banjir memasuki rumah mereka semasa hujan lebat pada September dan Oktober.

Mereka berharap JPS akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan pembinaan semula itu secepat mungkin supaya mereka tidak perlu hidup dengan kebimbangan air membanjiri rumah mereka.

PROSES kerja baik pulih pada suku pertama 2021.

Jurucakap itu mengaku usaha pembinaan semulanya bergerak mengikut kesesuaian dan dimulakan pada sebahagian besar tahun 2021.

Katanya, perkembangan kerja “agak perlahan” berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan sekatan berkaitan Covid.

“Kami juga perlu mengambira kira perubahan cuaca yang tidak dijangka, termasuk hujan yang sangat lebat,” katanya.

“Proses kerja yang dapat dilaksanakan dengan cepat apabila pelbagai industri dibuka semula pada hujung Oktober dan awal November.”

SATVINDAR dari Penampang mengadu tentang kerosakan harta bendanya – termasuk dua kereta, motor untuk pintu elektrik dan perabotnya – yang berlaku akibat banjir pada suku terakhir 2021.

“Saya sudah menetap di Taman Golf View Fasa 2 selama lebih 25 tahun. Ini kali pertama saya mengalami banjir seteruk ini,” katanya.

“Saya mahu jaminan daripada jabatan itu bahawa tindakan segera sedang diambil untuk menyelesaikan masalah ini. Kami sudah tidak tahun sejak setahun lalu.”

Dia dan jirannya mendapati sebahagian dari parit monsun di situ sedang dibina semula.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak berpuas hati dengan perkembangan kerja yang lambat.

Satvindar ingin tahu sama ada penyelenggaraan, termasuk kerja mendalamkan parit, sedang dilakukan semasa pembinaan semula sedang dijalankan.

“Saya difahamkan terdapat tiga jengkaut di tapak itu, dengan kakitangan memantau sepanjang masa, untuk membersihkan mana-mana tanah yang boleh menyebabkan parit tersumbat.

KEADAAN tapak pembinaan pada pertengahan tahun lepas.

“Jika ini benar, parit tidak akan melimpah dan membanjiri Taman saya kerana akan ada seseorang bersiap sedia untuk mengeluarkan sisa-sisa di dalam parit.”

Dia juga ingin tahu sama ada agensi itu akan menimbangkan untuk mendirikan tembok, atau meletakkan beberapa jenis penghadang, di atas bahagian parit yang lebih dekat dengan kejiranan berkenaan.

“Ini mungkin dapat memastikan air tidak melimpah dari struktur itu dan membanjiri Taman semasa kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan.

“Sebuah dinding didirikan di bahagian parit di sebelah beberapa kondominium di kawasan ini.”

Satvindar mengesyaki tembok ini dibina untuk tujuan tebatan banjir.

“Jika ini benar, oleh itu tindakan juga boleh membantu mengelakkan air daripada melimpah ke Taman Golf View semasa hujan lebat.”

Jurucakap itu menjelaskan sebuah kem didirikan di tapak itu untuk pekerja kontraktor.

Katanya, ia bertujuan bagi memudahkan usaha membuat persimpangan sementara serta membersihkan parit secara berkala.

Penyelenggaraan rutin dilakukan ke atas perparitan di kawasan itu dan ini dilakukan setiap tiga bulan sekali, menurutnya.

“Kekangan bajet menghalang kami melakukan lebih daripada ini.

“Tidak seperti sesetengah jabatan kerajaan, kami tidak mempunyai sebarang dana khas yang membolehkan kami menjalankan kerja kecemasan dengan serta-merta.”

Dia juga menolak kemungkinan struktur itu didalamkan.

PERKEMBANGAN kerja baik pulih parit monsun pada minggu pertama Januari seperti yang ditunjukkan di atas.

“Paling-paling pun yang boleh kami lakukan ialah membersihkan endapan dari dalam parit.”

Mengenai kemungkinan pembinaa dinding di tepi parit, jurucakap itu berkata ia tidak sesuai dilakukan untuk mengurangkan kejadian banjir kilat di Taman Golf View.

“Mendirikan tembok sebegini memerlukan beberapa sistem pengepaman disediakan khas untuk penduduk.

“Sebaliknya, air melimpah tidak akan dapat dilepaskan dengan berkesan ke parit utama.

“Air hanya akan bertakung di dalam kawasan kejiranan dan memburukkan lagi masalah banjir.”

Katanya, dia tidak tahu jika terdapat tembok yang didirikan di tepi parit monsun itu.

“Kami perlu menentusahkan kehadiran struktur ini. Jika ia wujud, kita perlu menentusahkan fungsinya ia didirikan pada perparitan di bahagian Penampang ini,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



ADVERTISEMENT


Other News




Berita Popular


Advertisement 


Follow Us  




Follow us on