HEADLINES :




Lelaki jual papan curi untuk beli makanan dijel sebulan
Published on: Saturday, January 15, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 27 tahun, yang menjual lapan keping papan, dipercayai dicuri, dengan harga RM5 untuk membeli makanan, dipenjara sebulan dan didenda RM50 atau penjara sebulan lagi.

Jafri Nasri mengaku bersalah di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Abdurrahman Abrar Jarni, yang duduk sebagai majistret, kepada tuduhan menjual pelbagai saiz papan, yang dia gagal jelaskan bagaimana dia mendapatnya, kepada Tipah Atoh di hadapan dewan serbaguna Likas pada pukul 4 petang 9 Januari.

Jafri didakwa di bawah Seksyen 22A(1) Ordinan Kesalahan-kesalahan Kecil yang memperuntukkan denda sehingga RM100 atau penjara sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah mendengar daripada pendakwaan bahawa seorang pengadu membuat laporan polis bahawa rumahnya, yang tidak dihuni selama dua tahun di Kg Likas, telah dipecah masuk dan beberapa barangan seperti papan siling dan perabot lama telah hilang.

Siasatan polis mendedahkan bahawa Jafri, yang kemudiannya ditangkap, mengaku telah menjual papan itu kepada Tipah dengan harga RM5 dan dia tidak dapat menjelaskan bagaimana dia mendapatnya, kata Inspektor Navind Kumar Vijayan, yang menjalankan pendakwaan.

Jafri, yang tidak diwakili, meminta hukuman ringan dengan mengatakan dia tidak mempunyai tempat tinggal dan memberitahu mahkamah dia tinggal di rumah tersebut kerana ia kosong.

Apabila ditanya sebab dia menjual papan itu, Jafri menjawab dia mahu membeli makanan mereka dia tinggal di situ bersama keluarganya.

Mahkamah memerintah supaya dia menjalani hukuman penjaranya dari tarikh tangkap pada 9 Januari.

Sementara itu, seorang wanita berumur 28 tahun didakwa mencuri dari sebuah gereja semasa Malam Krismas.

Noor Azmah Harun, yang hadir di hadapan Abdurrahman secara maya, dituduh mencuri satu beg tangan mengandungi tunai RM3,000, barang kemas emas dan satu telefon pintar milik Latesia Letek pada pukul 9 malam 24 Disember 2021 di kawasan Gereja Good Shepherd di Manggatal.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Noor selepas tuduhan dibacakan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Navind memohon tarikh sebutan baharu dan mencadangkan ikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin.

Mahkamah menetapkan 31 Januari untuk pengakuan Noor direkodkan di mahkamah terbuka dan melepaskan tertuduh dengan ikat jamin RM1,500 dan dua penjamin.

Di mahkamah lain, seorang lelaki berumur 29 tahun didakwa menceroboh ke dalam sebuah premis kerajaan.

Datu Restim Mobin, yang hadir di hadapan Majistret Jessica Ombou melalui persidangan video, dituduh melakukan kesalahan itu di blok asrama lelaki bagi Sekolah Sukan Malaysia Sabah di Manggatal pada pukul 4.50 petang 6 Januari tahun ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Restim selepas tuduhan dibacakan di bawah Seksyen 17(1) Ordinan Kesalahan-kesalahan Kecil yang memperuntukkan denda RM100, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 24 Februari untuk sebutan dan menawarkan Restim ikat jamin RM300 dengan seorang penjamin.  Inspektor Albert Basiri menjalankan pendakwaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



ADVERTISEMENT


Other News




Berita Popular


Advertisement 


Follow Us  




Follow us on