HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Exco Pendidikan Sabah akan dapatkan input
Published on: Tuesday, January 18, 2022
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:


Laporan muka depan akhbar ini, Sabtu lepas.
MEMBAKUT: Exco Pendidikan Sabah akan mendapatkan input daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pitas mengenai laporan sekumpulan murid sekolah tanpa jaket keselamatan malah bersesak dalam sebuah bot yang tular di media sosial.

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Ariffin Arif berkata, pihaknya juga akan mendapatkan maklumat sama daripada Pejabat Daerah kawasan terbabit sekaligus mencari jalan penyelesaian segera.

Pada masa sama, katanya, pihaknya akan turut mengadakan lawatan ke semua PPD di Sabah khususnya di kawasan pendalaman untuk memastikan aspek keselamatan pelajar sekolah sentiasa terjamin.

“Kita amat prihatin dengan perkara ini dan saya akan meminta maklumat daripada PPD dan Pejabat Daerah untuk kita cari jalan dan tindakan bagi membantu supaya anak-anak kita selamat serta selesa ke sekolah.

“Sebaik maklumat mengenai kita dapat, saya akan mencari jalan untuk membantu sekaligus menyelesaikan masalah ini,” katanya ketika ditemui selepas Program Walkabout sempena Perayaan Tahun Baru Cina di Pekan Membakut, di sini, Ahad lepas. 

Akhbar ini pada 15 Januari melaporkan mengenai sekumpulan murid sekolah yang bersesak dalam sebuah bot tanpa memakai jaket keselamatan, untuk ke sekolah hingga membangkit kerisauan banyak pihak.

Dalam perkembangan lain, Ariffin berkata, kerajaan negeri meluluskan peruntukan khas untuk diagihkan sebanyak RM2,000 kepada setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di semua sekolah seluruh Sabah.

Menurutnya, agihan berkenaan akan dilaksanakan dalam siri jelajah pihaknya pada bulan depan ke seluruh daerah bagi melaksanakan beberapa program bantuan pendidikan daripada kerajaan.

“Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor akan melancarkan peruntukan khas termasuk beberapa lagi program bantuan lainnya dalam masa terdekat dan agihan akan dibuat melalui jelajah Exco Pendidikan pada Februari depan,” katanya.

“Peruntukan ini meliputi semua PIBG sekolah termasuk sekolah rendah atau menengah, Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Agama Negeri (San) RM2,000 setiap sekolah di Sabah.

“Lebih 1,000 PIBG di seluruh negeri ini bakal mendapat manfaat sekaligus dapat melaksanakan segala program dan aktiviti yang telah dirancang,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



ADVERTISEMENT







Berita Popular


Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            

Daily Express TV