Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


SESB tangani isu bekalan di dua kampung di Papar
Published on: Thursday, January 20, 2022
By: Sidney Skinner
Text Size:

SESB tangani isu bekalan di dua kampung di Papar
SEORANG juruteknik menukar komponen yang rosak pada talian atas di Kg Gramatai.
SABAH Electricity Sdn Bhd (SESB) telah menjalankan kerja-kerja penambahbaikan pada sistemnya di Kg Gramatai dan “menggantikan lampu” di Kg Lakut, kedua-duanya di Papar.

Usaha menggantikan lampu akan dijalankan di Kg Suok-Dambai, bahagian lain di daerah itu, pada tahun ini.

Tindakan ini dibuat susulan maklum balas mengenai gangguan elektrik di kampung pertama, serta isu pencahayaan di sepanjang jalan masuk itu.

Seorang pengguna dari Kg Gramatai mendakwa menerima bekalan elektrik tidak mencukupi apabila perkakasan di rumahnya tidak beroperasi pada kapasiti penuh.

Sementara itu, seorang pemandu meluahkan kebimbangannya tentang bahaya lalu lintas di bahagian jalan gelap ke Kg Suok-Dambai.

Jurucakap SESB berkata penurunan voltan adalah punca masalah di Kg Gramatai.

Katanya, komponen rosak mencetuskan situasi berkenaan.

KAKITANGAN SESB memasang komponen baharu untuk lampu jalan di Kg Lakut.

“Juruteknik kami menggantikan ‘penangkap kilat’ di sepanjang talian penghantaran untuk Kg Gramatai, dan fius terbakar pada transformer kuasa di kawasan itu,” katanya.

“Ia mengambil masa dua hari untuk menyiapkan baik pulih ini disebabkan kesukaran untuk memasuki kampung berkenaan.

“Jalan tanah merah dalam keadaan sukar dilalui selain perlu menyeberang sungai untuk sampai ke kampung itu.”

Katanya, sebelum ini beberapa kesukaran perlu ditempuh dalam perjalanan ke kampung itu apabila hujan lebat berikutan keadaan laluan yang licin dan paras air sungai yang tinggi.

 ‘PENANGKAP kilat’ yang rosak.

“Nasib baik, keadaan cuaca agak baik memudahkan kakitangan kami datang dan kembali dengan selamat.”

“Kami memantau bekalan elektrik di kampung itu selepas kerja-kerja selesai dan mendapati ia stabil.”

Ketika ditanya mengenai keadaan transformer, katanya, pepasangan terbabit dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, jurucakap itu berkata, SESB akan cuba meningkatkan usaha untuk menyelenggara asetnya di Kg Gramatai bagi meminimumkan sebarang isu berkaitan bekalan elektrik dihadapi penduduk luar bandar di sana.

BISUS dari Papar berkata     lampu pendarfluor di rumahnya kerap malap dan kemudian kembali kepada kecerahan asalnya dengan sendirinya.

“Saya sudah menghubungi 15454 SESB – Pusat Pengurusan Pelanggan – berulang kali mengenai perkara ini, sejak awal Disember,” katanya.

“Walaupun diberi jaminan bahawa setiap laporan saya telah dikemukakan ke bahagian teknikal syarikat, tetapi masalah ini masih berlaku.

“Pada satu peringkat, saya difahamkan mungkin bekalan kuasa tidak mencukupi di kawasan saya.”

Dia bimbang bekalan elektrik tidak menentu akan merosakkan barangan elektriknya.

“Saya harap SESB akan membetulkan keadaan ini sebelum saya menanggung kos tambahan untuk membaiki peranti ini.”

Bisus berkata adalah tidak adil bagi pengguna untuk membayar lebih untuk elektrik, memandangkan perkhidmatannya, tidak boleh diharap.

Katanya, salah seorang jirannya menelefon pejabat syarikat itu di Papar mengenai rungutan sama.

“Rakan saya diberitahu bahawa mungkin terdapat masalah pada transformer di kawasan itu.”

Sementara itu, jurucakap itu berkata SESB sudah membaik pulih lebih 20 lampu jalan di sepanjang jalan ke Kg Lakut, selepas memasang komponen baharu pada kemudahan ini pada awal Januari.

 TRANSFORMER, dekat Kg Gramatai, didapati dalam keadaan baik. 

“Kami berharap perkara ini dapat dilakukan di Kg Suok-Dambai dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” katanya.

“Pengerusi Keselamatan dan Kemajuan kampung memaklumkan beberapa lampu di laluan masuk di sini tidak menyala pada waktu malam.”

Katanya, kakitangan firma itu telah menentusahkan mana kemudahan ini yang rosak dan dalam proses mendapatkan alat ganti yang diperlukan.

LINUS dari Papar berkata lampu jalan, dari persimpangan Jalan Mogon Biau sehingga ke Kg Suok-Dambai, sudah lama tidak berfungsi.

Katanya, pencahayaan dari lampu jalan memudahkan pemandu untuk melihat mana-mana pejalan kaki atau haiwan yang melintas jalan.

“Apabila saya mula menyedari masalah ini, saya membuat laporan di Majlis Daerah,” katanya

“Tidak lama kemudian, apabila saya bertanya tentang perkembangan perkara itu, saya dimaklumkan bahawa kemudahan ini tidak diselenggara oleh agensi itu.”

Dia dinasihatkan untuk menghubungi SESB.

“Kakitangan SESB setakat ini gagal menepati janji mereka untuk memulihkan lampu berkenaan secepat mungkin.

“Pada satu tahap, saya dimaklumkan bahawa cawangan Paparnya kehabisan beberapa bahan yang diperlukan untuk menyelenggara kemudahan ini.”

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here