Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Kanak-kanak maut dihanyut kepala air
Published on: Wednesday, May 18, 2022
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:

Kanak-kanak maut dihanyut kepala air
KOTA MARUDU: Kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang dipercayai lemas selepas dibawa arus kepala air di Sungai Kampung Melangkap Darat, dekat sini pada Jumaat lepas ditemukan meninggal dunia, Sabtu lalu.

Elzanatira Asod, 10 tahun, ditemukan penduduk kampung dan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 11.30 pagi pada jarak sejauh 7 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Rony Sikawan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 6.04 petang, Jumaat lepas.

Menurut Rony, Bilik Kawalan BBP Kota Marudu, menerima panggilan kecemasan mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang hilang di sungai selepas dihanyutkan kepala air ketika cuba menyeberang sungai untuk pulang ke rumah dari kebun kira-kira pada jam 4 petang, Jumaat lepas.

Katanya, ketika operasi SAR hari kedua dimulakan pada jam 7 pagi Sabtu lepas di kawasan sepanjang sungai, seluar milik mangsa ditemui 2 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang oleh penduduk kampung. “Mangsa ditemui penduduk dan pihak bomba serta agensi bantuan lain termasuk Polis, APM dan Rela pada jam 11.15 pagi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi SAR ditamatkan pada jam 12.30 tengah hari,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here