Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Indonesia mahu penjelasan layanan warganya di depot tahanan di Malaysia
Published on: Thursday, June 30, 2022
By: Bernama
Text Size:

Indonesia mahu penjelasan layanan warganya di depot tahanan di Malaysia
JAKARTA: Kementerian Luar Negeri Indonesia sedang berusaha mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Imigresen Negeri Sabah susulan laporan yang dikeluarkan Gabungan Buruh Migran Berdaulat (KBMB) akan layanan terhadap warganya di depot tahanan di Malaysia.

Laporan itu mendakwa berlaku kematian dan layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan warga Indonesia di Depot Tahanan Imigresen di Tawau, Sabah.

Bagaimanapun, pada Selasa laporan itu disangkal oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud (gambar) yang berkata ia satu tuduhan tidak berasas.

Pengarah perlindungan rakyat di kementerian itu, Judha Nugraha berkata dalam satu kenyataan Konsulat Jeneral Republik Indonesia Kota Kinabalu dan Konsulat Republik Indonesia Tawau telah dijadualkan bertemu Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sabah Selasa lepas.

Pertemuan itu adalah untuk meminta maklumat mengenai penemuan KBMB, sebagai usaha Kerajaan Indonesia melindungi warga dan tenaga kerja Indonesia di Sabah.

Pihaknya juga akan membuat tindakan susulan secara bilateral dengan pihak berkuasa Malaysia sekiranya maklumat dalam laporan itu disahkan, katanya.

Jumaat lepas ahli-ahli KBMB mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan berhubung dakwaan itu.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Khairul Dzaimee dalam penjelasannya berkata pengurusan depot imigresen Malaysia menepati piawaian dan standard ‘The Mandela Rules’ serta memberi layanan baik kepada semua tahanan termasuk tahanan Indonesia.

Rawatan kesihatan awal turut diberikan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang ditempatkan secara kader di semua depot imigresen, manakala kes kesihatan serius dibawa ke hospital.

Seramai 18 orang tahanan Indonesia meninggal dunia di Sabah pada 2021 dan enam orang pada tahun ini semasa dirawat di hospital, kata Khairul Dzaimee dalam satu kenyataan, Selasa lepas.

Kematian disebabkan pelbagai penyakit seperti masalah jantung, buah pinggang, Covid-19 serta paru-paru berair.

Sementara itu, agensi berita Antara melaporkan Ketua Badan Pelindungan Pekerja Migran Indonesia (BP2MI) Benny Rhamdani akan ke Malaysia dalam masa terdekat untuk melawat depoh tahanan tenaga kerja Indonesia.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here