Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


China Eastern, Southern Airlines dijangka sambung semula penerbangan terus ke Sabah
Published on: Friday, August 05, 2022
Text Size:

China Eastern, Southern Airlines dijangka sambung semula penerbangan terus ke Sabah
Penyambungan semula dijangka seperti sebelum pandemik. (Gambar fail Bernama)
Kota Kinabalu: China Southern Airlines dan China Eastern Airlines dijangka akan menyambung semula operasi penerbangan terus ke Sabah seperti sebelum pandemik sejurus selepas sempadan negara itu dibuka sepenuhnya kelak. 

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, dalam kenyataan media, berkata kedatangan pelancong asing terutama dari China penting bagi membantu merancakkan lagi aktiviti pelancongan negeri seperti sebelum pandemik COVID-19.

Untuk rekod, pada tahun 2018, Sabah menerima seramai 593,623 pelancong daripada China manakala pada tahun 2019, Sabah masih menerima seramai 598,566 orang pelancong dari negara terbabit sebelum kerajaan negeri mengenakan sekatan perjalanan berikutan penularan wabak Covid-19. 

Oleh itu, beliau berharap ramai pelancong dari China akan kembali melawat Sabah sekaligus membantu memulihkan sektor pelancongan tempatan dan meningkatkan ekonomi negeri. 

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here