MyKad palsu: Keputusan kes penolong pendaftar JPN 1 Sept
Published on: Friday, August 12, 2022
By: Cynthia D Baga
Safiah didakwa membuat dokumen palsu dengan nombor siri 991207-12-5135 atas nama Muhamad Daniel Hafiez bin Arif @ Jali pada jam 3.05 petang, 22 Mei 2013 di JPN cawangan Pitas.
Kota Kinabalu: Keputusan kes seorang penolong pendaftar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berusia 53 tahun yang didakwa membuat kad pengenalan palsu, ditangguhkan ke 1 Sept tahun ini.Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat menjadualkan semula tarikh keputusan selepas pendakwaan menutup kesnya terhadap Safiah Alijang, apabila kedua-dua pihak meminta lanjutan masa.ADVERTISEMENT
Safiah didakwa membuat dokumen palsu dengan nombor siri 991207-12-5135 atas nama Muhamad Daniel Hafiez bin Arif @ Jali pada jam 3.05 petang, 22 Mei 2013 di JPN cawangan Pitas.
Kesalahan itu mengikut Seksyen 463/465 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Safiah kini dilepaskan dengan ikat jamin RM6,000 berdeposit RM4,000 serta seorang penjamin tempatan.
Pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 18 saksi dalam perbicaraan, pada 26 Mei tahun ini.ADVERTISEMENT
Timbalan Pendakwa Raya Nartiah F.M Sambatan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan pendakwaan manakala peguam Azhier Farhan Arisin mewakili Safiah.
Dalam kes lain, seorang lelaki dipenjara empat bulan dan dikenakan satu sebatan kerana memasuki negeri ini secara haram.
ADVERTISEMENT
Hakim Abdullah mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim, kepada pertuduhan terhadapnya. Hakim ditahan pada 22 Julai tahun ini di kawasan bandaraya selepas dia gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri kepada polis.
Mahkamah memerintahkan Hakim menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap dan dirujuk kepada Imigresen selepas hukuman itu selesai.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.