Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Lebih RM1.2 bilion diperuntuk untuk jalan luar bandar: Mahdzir
Published on: Sunday, September 25, 2022
By: Bernama
Text Size:

Lebih RM1.2 bilion diperuntuk untuk jalan luar bandar: Mahdzir
Datuk Seri Mahdzir Khalid
KENINGAU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) membelanjakan lebih RM1.2 bilion bagi Program Jalan Luar Bandar (JALB) seluruh negara dalam usaha menyediakan sistem perhubungan luar bandar ke bandar lebih sempurna, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata program JALB dilaksanakan selaras dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) untuk memperbaiki, memperluas dan mempertingkatkan rangkaian sistem jalan raya di kawasan luar bandar.

“KPLB menyasarkan untuk memperluas 100 peratus liputan prasarana asas di kampung-kampung di Semenanjung Malaysia dan 80 peratus di kampung-kampung di Wilayah Sabah dan Sarawak.

“Bagi tujuan berkenaan pada tahun ini sahaja lebih RM306 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan jalan luar bandar bagi Sabah dan lebih RM221 juta untuk Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Projek Menaik Taraf Jalan Rancangan Belia Tiulon - Kampung Simbuan, Sook, di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Kurup dan Timbalan Menteri KPLB Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. Mengulas lanjut, Mahdzir berkata projek Menaik Taraf Jalan Rancangan Belia Tiulon - Kampung Simbuan, Sook, Keningau, telah diluluskan di bawah Pelan Pusingan Kedua, Rancangan Malaysia Ke-12 (RP-2, RMK12) tahun ini dengan kos RM152 juta.

“Projek ini melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan sepanjang 20 kilometer dengan lebar berturap 6.5 meter mengikut piawaian JKR R2 dan agensi pelaksananya adalah JKR Sabah.

“Jajaran jalan ini juga akan menghubungkan penduduk kampung ke Pekan Sook dan Pekan Keningau serta menghubungkan 13 kampung, tiga sekolah, klinik, rumah-rumah ibadat dengan anggaran jumlah penerima manfaat adalah seramai 2,000 orang,” katanya.

Mahdzir berkata proses tender bagi projek menaik taraf itu dijangka dilaksana pada hujung bulan ini dan kerja pembinaan dijangka dapat dimulakan pada suku pertama tahun hadapan. “Dengan pembinaan projek ini, ia akan dapat memberi manfaat kepada penduduk kampung sekitar untuk mengangkut hasil tanaman serta memberi kemudahan perjalanan kepada penduduk kampung,” katanya.

Projek itu juga kata Mahdzir lagi, dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan, lebih selamat selain mampu menjana peningkatan ekonomi setempat.  

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here