HEADLINES :




Ebit Lew ‘orang besar’, pengadu takut buat laporan, mahkamah diberitahu
Published on: Tuesday, September 27, 2022
By: FMT, Willie Jude
Text Size:

Ebit Lew menghadapi 11 pertuduhan antaranya didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lepas.
Ebit Lew menghadapi 11 pertuduhan antaranya didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lepas.
Tenom: Saksi pendakwaan kes gangguan seksual pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memberitahu mahkamah pengadu kes itu pada mulanya enggan membuat laporan polis kerana menganggap dirinya “orang kecil” manakala tertuduh sebagai “orang besar”.

Pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu yang menjadi saksi pertama pihak pendakwaan berkata, dia sebelum ini menerima puluhan mesej menerusi WhatsApp daripada individu yang mengadu menjadi mangsa gangguan seksual termasuk dilakukan Ebit.

“Salah seorang individu yang hubungi saya adalah (identiti tidak boleh didedahkan) pada 26 Julai 2021, jam 11.04 malam, ada juga mangsa lain yang mengadu menjadi mangsa gangguan seksual Ebit Lew tetapi mereka tidak meletakkan nama kerana takut dan tidak berani tampil ke depan.

“Pada awalnya (identiti pengadu tidak boleh didedahkan) bertanya siapa individu yang saya maksudkan dalam ‘posting’ (di Facebook), bila saya menyebut berkaitan Ebit Lew, maka pengadu terus berkongsi tangkap layar perbualan Ebit dengan beliau…juga menghantar gambar kemaluan yang diberikan oleh Ebit melalui WhatsApp,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



ADVERTISEMENT


Advertisement 







Berita Popular


Follow Us  




Follow us on            

Daily Express TV