Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Penjara sehari, denda ke atas pemandu mabuk 
Published on: Wednesday, November 23, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Penjara sehari, denda ke atas pemandu mabuk 
Mahkamah turut memerintahkan Kee hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu untuk tempoh tidak kurang dua tahun dari tarikh sabitan.
Kota Kinabalu: Mahkamah Majistret di sini pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 atau tiga bulan penjara ke atas seorang lelaki berusia 25 tahun kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Aldrian Kee mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles melakukan kesalahan itu di Jalan Coastal di sini, pada 2.05 pagi, 8 Mei tahun ini.

Kee didakwa di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda antara RM10,000 hingga RM30,000 serta hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tidak kurang daripada dua tahun dari tarikh sabitan.

Mahkamah turut memerintahkan Kee hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu untuk tempoh tidak kurang dua tahun dari tarikh sabitan.

Sementara itu, lima orang dihukum kerana melakukan kesalahan berkaitan dadah.

Ag Mohammad Fazrie, Rakiy Salim, Shahrulnorazhar Rosslan dan Azhaari Sharudin mengaku secara berasingan mengambil syabu di lokasi berbeza di sini dan Penampang antara 31 Ogos dan 15 Sept.

Mohammad dan Shahrulnorazhar masing-masing dijatuhi hukuman penjara enam bulan manakala Rakiy dan Azhaari masing-masing diperintahkan membayar denda RM2,000 atau enam bulan penjara.

Mengambil dadah mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Lelaki kelima, Nazrie Lamani mengaku bersalah memiliki 0.08gm syabu di Kg Air di sini jam 3.20 petang pada 9 Sept.

Dia dihukum penjara 10 bulan dari tarikh dia ditangkap. Nazrie didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Inspektor Kelvan Elson Maik melakukan pendakwaan.  

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here